07 August 2010

Dan PEMENANGNYA....drum..drum...

Ini adalah kompilasi gambar kesemua peserta...sgt comel kan?




Kecomelan melampau kesemua peserta telah membuatkan hakim contest ini, Tauke TaufanEmas (http://taufanemas.blogspot.com/) pening kepala dan minta tempoh seminggu untuk memberi keputusan pemenang. Ikutkan hati kte, sume pon nak dijadikan pemenang!

Jadi setelah ditelek2 semua gambar berulang kali, Tauke TaufanEmas telah menyenaraikan Top 10 constestant seperti di bawah:

Airel ZafriNur Damia Batrisyia
Damia Nurin Balqis
Muhamad Adib Fahim
Zakwan Afif Najmi
Putri Irdina Qaisara
Nurin Qasrina
Ismeth Eusoff
Nur Batrisya Husna
Muhammad Arif Haidar

Dan pemenangnya adalah......

ADIK ZAKWAN AFIF NAJMI - The Superhero Mama!


Eh..ada seorang lagi lah!


ADIK NUR DAMIA BATRISYIA - Mama Ada Blog :)


Tahniah buat kedua2 pemenang! Diminta Mama kepada adik Zakwan dan adik Damia hantarkan maklumat berikut ke email hidayah.shafiruz@gmail.com:

Nama Mama:

I/C Mama:

Alamat rumah (untuk penghantaran hadiah):

No. Tel:

Maklumat di atas adalah untuk tujuan makluman blogger babyanacloset.

Dan Mama2 pemenang dah boleh usha dan grap any items di SINI bernilai RM 50 setiap seorang. Selamat memilih!

04 August 2010

THEY..in my life...

Semalam me and a few of my BFF buat gathering..sambil2 tu celebrate in advance birthday one of my fren, Hani. For this special lady, I bake some cuppies yg ade 3 layers rase (a layer of choc moist cake, a layer of choc chip and topping a thick layer of creamy cheese cake..


From left: me, Michelle, Hani, Caroline



The birthday gal..


My design for her..


Hepi burstday hani!



Well..sempena buat entry pasal BFF mase undergrad ni..ingin nk pahatkan memori terindah bersama mereka di sini...let me bring u back to 2006...when we all met.

Kami bertemu kerana kami satu kelas, satu course, satu kolej dan satu matlamat serta pemikiran. Kami suke dtg awal ke kelas..sejak ketujuh2 kami bersatu (me, Carol, Michelle, Hani, Asilah, Akmal, dan Emma), dunia UPM kami yg punyer..kekeke. Mane taknyer, setiap hari kalo time kelas kul 8 pagi, kul 7 pagi kami dah dtg book tempat paling depan. Alasan? Biar lecturers sume nampak kami..senang sket kami nk skor! hee.. Susah senang kami lalui bersama. Ketawa..menangis..makan..minum..berguling..bergaduh..dan mcm2 ber lagi..

So..siapakah kami ni? Allow me to introduce my undergrad BFF..

1) Asilah Ahmad Tajudin (26). A Nanobiotechnologist (Lund University, Sweeden - PhD).

This beautiful lady adalah seorg yg sangat tabah. Asilah ni sgt lemah lembut dan bijaksana. Seorg yg penyayang, baik, sgt mengambil berat akan semua org disekeliling dia. Semua org yg kenal dia pasti sayang dgn Asilah. I miss her a lot. Asilah, balik Malaysia cepat ye?


2) Caroline Manicam (28). An Immunologist (UPM - PhD).


Carol, seorang yg sgt periang, penyabar, dan sgt penyayang. Dia juga seorang sgt kuat memori! Still remember that she got 99% marks in Genetic Microbe (subjek ni kene hafal buku setebal 2 inci!). Cayalah Carol! This gal..once u enter her life, u'll be in there forever. She never ever ever forget any fren...dari tarikh lahir hinggalah semua perkara penting dlm hidup her fren, dia takkan penah lupa. Buat kami rasa amat dihargai dan disayangi. Satu lagi, vocabs dia mmg power giles! Sampai kami gelar dia Dictionary Bergerak! Tanye je pape words baik english atau malay, confirm dia tahu makne perkataan tu..



3) Chee Yea Ching (27). A Molecular Biologist (plant specialist) (UPM - PhD).


Our Big Sister..hee..kenape? sebab michelle (nama manja) ni sgt matured. Dia seorang yg berfikiran jauh dan pandai bab2 planning dlm hidup ni. Seorang yg suka sgt buat keje amal di gereja dan sgt suka membantu sesama insan. Michelle seorg yg tenang tapi kelakar! Kalo kami duduk dgn dia, mmg nk pecah perut asek ketawa. Her favorite color is black. Skrg dia dah addict dekat Super Junior..so her favorite food dah berubah angin kepada kimchi!



4) Hani Adznur Adnan (26). A Bank Executive (Manager to be)




Wah...tgk gambr pon dah tahu Hani ni suka aktiviti lasak. Tapi jgn salah fhm..walopon lasak tapi Hani ni manja orangnyer. She's a very gud fren to everyone who knows her. Dia sgt baik dan seorang pemegang amanah/rahsia yg sgt boleh dipercayai! Her loyalty tak ada sesiapa boleh pertikaikan. Hani Adznur..secantik namanya, begitulah cantiknya peribadi si empunya diri..



5) Nur Akmal Ishak (26). A Pharmacologist (UPM - PhD).


Akmal, our model. Dia ni amat jelita dan berbadan langsing mcm model. Lembut dan tenang tapi mempunyai leadership yg tinggi. She is beautiful outside and inside. Seorang yg tabah dan tahan dugaan. Berkawan dgn Akmal ni mmg best; sgt fleksibel dan pandai berkomunikasi dgn baik. Miss u dear..


6) Nurul Akmal (26). A Hospital staff (KL).

Panggilan manjanya Emma. Seorang yg berdaya saing dan mempunyai taste fashion yg sgt baik! Kalo bab2 fashion dan trend..haa..dialah Tok Guru! Lembut, manja dan penyayang..tapi pandai Tae Kwon do tau! Haiiiyaakkkk! Lucky to have u as a fren Emma dearie..




7) Nurhidayah Roslan (26). A Virologist (UPM- PhD)


And lastly..me. I'm the messy one..hahaha..!


LUV all of u gals!



ONE more...my FOREVER BFF...since we were 13 years old..


:) Munirah Ahmad Kamil (26). A Psycologist (UPM - Master).

Munirah..terlalu byk untuk diungkap tentang dia. She's a very special person.. for you dear, I dedicate this song:



For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


I'm everything I am
Because you loved me

25 July 2010

I need a very very good time management!

Fuh! Lama betul tak ngedate blog. Bukak pon cume untuk reply penyertaan contest. Alhamdulillah, bulan ni my biz and hubby biz menjadi. Boleh la dapat lebih sket for raya (and harap2 menjadi la plan kami nak 'rebut' satu tanah di Bangi tu)..ahaha.. Tapi memang tak mudah mengurus masa yg 24 jam ni. Rasa sgt sedikit je 24 jam tu. Kalo boleh nk 32 jam sehari! Sejak 2 minggu kebelakangan ni, mmg tak perasan pun brape jam dapat tido. Exhausted habis! Dan dlm masa yg sama tgh habiskan bahagian akhir labwork dan dh mula writing thesis. Siang2 otak ligat fikir thesis, malam2 semak memikirkan biz dan pelan2 pelaburan kami (ceh..mcm besa je bunyinyer. Tapi xpe, setiap mende memang bermula dari kecik dan dr bawah. Kalo berusaha betul2 insyaAllah berjaya). Like one of my fren tulis dlm blog dia 'I dont want just any job, I want a CAREER'.

Kenapa perlu usaha teruk sampai idup tunggang langgang kdg2? Entah la..tapi sebagai manusia, aku merasa bahawa keperluan hidup ini bukan terbatas hanya pada apa yg cukup di dapor rumah sendiri malah mencangkupi ruang yg lebih besar dari itu. Andai Tuhan mengizinkan, antara cita2 yg tersemat adalah pembinaan Rumah Perlindungan Kanak2. Aku benci amat melihat perangai manusia kejam bertopeng gelaran 'ibu' 'bapa' yg sesuka hati mengalirkan darah anak sendiri. Untuk 'ibu' 'bapa' gila ni, insyaAllah 15 tahun lagi korang tak payah susah payah nk baling2 pukul2 kanak2/bayi2 tak berdosa tu. Boleh antar je terus ke my rumah perlindungan kanak2 k?

p/s besar giler kot impian? tak apa, dulu2 Amstrong hanya memandang bulan bebrape tahun sebelum dia tahu dia akan berjaya ke bulan..kan?

01 July 2010

CONTEST "GaYAkAn AnAK aNDa!"

First time nak buat contest ni. Takde sempena ape2, saje2 je. Contest ni simple je. Tajuknye:


"GaYAkAn AnAK aNDa!"


Haa..bukan gaya biasa..tapi gaya kan dgn any perkakas atau perabot rumah (",). Dengan ape2 pun boleh..aksi di bawah meja, atas kerusi, bermain di dapur atau ape2 saje aksi anak anda dalam rumah.

Syarat2 penyertaan:

1) Mestilah mempunyai blog sendiri.
2) Contest ini untuk kanak2 berumur 0-3 tahun sahaja.
3) Untuk memudahkan proses pengumuman dan pemilihan hadiah, anda diminta menjadi follower kepada blog
ini dan blog http://babyanacloset.blogspot.com.


Ape yg perlu anda buat:


1) Letakkan gambar di atas di sidebar blog anda dan linkkan ke contest ini.

2) Buat satu entry dgn tajuk
"GaYAkAn AnAK aNDa!" dan letakkan SEKEPING gambar anak berposing dgn sebarang perkakas rumah serta tuliskan sedikit keterangan tentang gambar tersebut.

3) Letakkan nama penghantar (blogger), nama anak dan umur anak (sekarang).

4) Hantar URL penyertaan anda ke ruangan comment di bawah.


Contest ini bermula dari 2 Julai 2010 hingga 31 Julai 2010 (jam 6 petang).

HADIAH??? 2 orang pemenang akan dipilih berdasarkan gambar posing bersama perkakas rumah yang PALING KREATIF. Hadiah yg akan diberi berupa

VOUCHER SHOPPING PAKAIAN BAYI/KANAK2 BERNILAI RM 50.00 setiap seorang

untuk diSHOPPINGKAN
di
http://babyanacloset.blogspot.com/.

Selamat menyertai!

30 June 2010

Lame menyepi..

Salam ceria! Lame sungguh kte xbuat post. Agak bz dan penat sgt. For a patient with abnormal blood size like me, fatiqueness adalah perkara biase yg sering dilawan dgn motivasi pada akal. Tapi kalo dah terlampau sampai pening dan loya serta xlalu makan, motivasi Dr Fazilah Kamsah mahupun Fazilah Kamtumi pun xmampu meredakan fatiqueness ni. Plus, lately ni bebanan keje agak meningkat. Antara peningkatan bebanan keje yg significant adalah:

1) Berat Balqies meningkat dgn mendadak sejajar dgn bertambahnye kemanjaan dia yg asek mintak didukung. She's now almost 11 kg. Lebih berat dari kampit beras. Bayangkan setiap pagi sblm pegi keje kene urus dia. Sambil dukung naik turun tangga rumah..fuh! kdg2 smpai rase pening.

2) Sebahagian projekku dipilih untuk dibentangkan di luar negara. Supervisor nk pegi sabtu ni, so huru-hara menyiapkan bahagian2 tertentu dlm mase 2 minggu ni. Penah terpakse bekerja di lab sehingga 18 jam sehari selama 3 hari dalam mase seminggu. mmg xcukup rehat..

3) Smlm kene point untuk wakil my big bos (who is now 1 of the top people di MOSTI-so dia xboleh la bentang projek tu. Xaci gitu..) bentang projek geran dia and berusaha to get more money (if I'm not mistaken). Giles! Kte adelah manusia yg stage-afraid!. Cmne nk present dpn org2 penting Kementerian Sains??? waaa...nk menyamar jadik kerusi pade 12 dan 13 Julai ni boleh x?

4) Kte sedang bukak bisness..so mula2 ni mmg meletihkan la.

Dgn segala mcm bebanan keje tambahan ni, buat kte stress terlampau sket kengkadang which is soooo not gud for me. About 6 years back mase kte xpandai manage stress dan kene stress terlampau ni, badan kte developed asma! So selama 2 tahun kte berkepit dgn Vantolin inhaler setelah suatu pagi kte dikejarkan ke wad kecemasan selepas hampir 'biru'. I'm trying my very best tamo stress terlampau lagi. I dont want to get asma anymore..

p/s ble bz2 sgt sampai xsempat berblog walking..rindu kt blog2 yg sering jadik breakfast kte. Tapi ble sempat je, trus bukak dan bace sume yg termiss. But still xsempat nk bukak sume..aii..

24 June 2010

"tag : 20 things about me"

Tag ni diterima dr firahadifa, dibuat segera sbb xde post baru rini.

20 things about me:

1) Saye peminat warna pink..minat amat!

2) Seorg yg unpredictable..kengkadang cm baik (ala2 Perempuan Melayu Terakhir). Kengkadang cam Perempuan Melayu Terakhir Yang Lelaki nak Wat Jadik Bini..oh apekah??

3) Mase skolah penah sgt meminati Zamani SLAM sbb rambut panjang paras bahunya..

4) Suke main mekap2 (walopon xreti..so kengkadang hasilnya cam badut sarkas!)

5) Sgt suke menjaga rambut (lebih rela abis duit beli produk rambut berbanding produk facial).

6) Menggilai kasut (abes SPM dulu penah mintak kat mak nak keje jadik salesgirl kedai kasut..nasib baik x DIKASUTKAN oleh mak..huhuhu..)

7) Tidak begitu menggemari window sopping (berbanding hubby..terbalikkah kami??)

8) Jari tangan bolat2 (jeles kt orang jari runcing..huh..tak bersyukur btol!)

9) Setia pada perfume Ralph Lauren dan body spray Victoria Secret (Pure Seduction) serta body butter Victoria Secret (Blossoming Romance). Xgemar yg bau kuat cm Lancome.

10) I'm a mamarazzi dalam lab (ske menyibuk hal org - sungguh xbaik perangai itu! Ble nak TOBAT??)

11) Setiap saat rindu kat my little Balqies - xsabar nk jadik suri rumah je..

12) Saye xpandai bergaul dgn orang yg xrapat..tapi sedang membaiki kelemahan itu..

13) Dgn org xkenal saye mcm sgt PEMALU, tapi kalo dah kenal..TUHAN SAJE YG TAHU!

14) Ske menyanyi dlm toilet dan dlm kete mase driving - patut la slalu je jalan raye yg dilalui BANJIR! Mintak maap la pengguna jalan raye yg lain yek..dah nk hujan xleh watpe..

15) Setiap saat mengimpikan tubuh yg lansing cam Zhang Zi Lin..namun impian tu dok dlm hati je sementara mulot terus mengunyah laju cam pirana! - tak konsistan antara keinginan dan usaha jgn harap la nk berjaya..

16) Akan stress siket ble makan makanan yg tak sedap - kalo dpt makan yg sedap2 akan sgt gembira!

17) Sgt stress bile bilik dan sekeliling berselerak - tapi sejak ade anak dah pandai TUTUP MATA jer..

18) Kalut..abes SUME HURU-HARA!

19) Mahu anak 7 orang (tapi sgt takut proses BERSALIN..bagaimanakah???)

20) Saye GEMBIRA bile sume org gembira - saye menginginkan dunia yg penuh kegembiraan utk semua umat manusia - WHY SO SERIOUS? LET'S PUT A SMILE ON THAT FACE!!

Sape nk kene tag ni? Sape belum buat lagi?

1) Iza
2) Farhana
3) Shazli
4) Hana Fedora
5) Mrs. Amien
6) Yana Kenja
7) Ct
8) Fiq
9) Nazz@Purple
10) seperti biase .. ANDA YANG BACE POST ni..hik hik hik..

23 June 2010

Inilah sebuah kehidupan..

Baru tadi menyembang dgn sorang kawan ni, sementara menunggu mesin run experiment siap dlm lab. My fren ni bukan org Malaysia, dia student dr oversea. Xkesah la, malaysian atau x, yg nk dikongsi di sini adelah sebuah kehidupan berbeza corak..

Kawan kte, Mr X (bukan name sebenar) sedang menyiapkan PhD beliau. Dia penah berkahwin dn bercerai kemudiannya, sekrg dh bertunang lg dan akan berkahwin Mac depan. Amat jarang dia meluahkan isi hati pade sesiape (as far as i know), tp tadi mencurah2 isi hati dilambak pada kte. Katenye dia sgt risau sebab tunangnya akan dtg utk melihat real life dia sedang dia cume ade RM 600 dlm akaun bank. Ditambah dgn hutang sewa rumah tertunggak 3 bulan, hutang elektrik 5 bulan xbayar dn hampir dipotong, harus tanggung adik yg juga belajar di malaysia dan mcm2 lagi. Tambahnya, dia cume minum air paip je sehari2 selain makan roti dan keju sahaja demi menyimpan duit namun tetap tidak mencukupi. dapat kte bayangkan kesedihan dan kerisauan yg melanda mamat berkulit putih tersebut. dan panjang lagi la adu-dombanya tentang hidup..aii..kesian betul kte dengar. Kte bagi nasihat positif dan pelbagai cadangan untuk dia survive di negara aman makmur ni, namun tetap ade je halangan bgnya...kesian sungguh!

Setelah hampir 40 min bersembang, kte pon xtau dah nk tolong cmne. All i can do is just to be a good listener to him. Kte kembali ke meja study dn pikir betape nasib manusia boleh begitu berbeza. Lihat saje mereka2 dalam rancangan Bersamamu (kte xbrape gemar tgk rancangan ni..bukan ape, nanti xlarat nk menangis kesian- my heart is just too soft to see /heard people in trouble). Dlm keadaan sekarang, apela yg pucuk muda mcm kte ni mampu nk lakukan utk membantu sesapepun. Namun kte mmg ade plan dgn hubby, suatu plan ke arah menjadi pohon besar yg kukuh dan mampu meneduhkan ramai orang yg memerlukan teduhan. Namun plan ini bukan mudah dan mungkin hanya dicapai selepas 15 tahun lagi. Biarpun susah, namun perlu rasenye kte menunaikan tanggungjawab kemanusiaan kte selain menjaga keluarga, kawan2 dan orang2 terdekat. Kte bercita2 melangkah lebih jauh lagi bersama suami..sejauh mungkin agar kesah my foreign fren tadi, rancangan Bersamamu, dan Finding ANgel tinggal sejarah dan xpenah dikenal manusia..amin..

21 June 2010

Balqies dah pandai merajuk..

Aii..si kecik ni skrg dh pandai majuk. Maklumlah sejak last week kte lbh byk habiskan mase di lab. Even smlm pon balik rumah dekat pukul 2 pagi. Maaf la sayang, mama terpakse abiskan keje secepat mungkin..

Ade kurang dua minggu untuk kte siapkan satu lagi part penting dlm projek kte. 5 Julai nanti my supervisor akan bentangkan poster projek kte di San Fancisco. Alhamdulillah..harap2 semakin byk lah hasil penyelidikan tempatan akan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kalau selama ini hasil penyelidikan bidang biologi molekul di Malaysia dikatakan kelas kedua, namun sejak bebrape tahun kebelangan hasil penyelidikan saintis negara kita semakin mendapat perhatian dunia..moga berterusan lah hendaknye..

Jadi berbalik pade kisah Balqies, si kecik ni dah pandai merajuk. Bile nampak je mama dia balik tapi sibuk xpedulikan dia, mule lah dia duduk lipat kaki ke belakang pastu meleper atas lantai sambil pura2 menangis sedih..tapi air mate setitik pon xkluar! berlakon sungguh! Adei...nak gelak pon ade ble tgk si kecik ni meleper mcm katak pisang atas lantai (",). Tapi bile angkat peluk cium..terus tersengih2 cm kerang busok...aduhai anakku sorang ni...

Hi everi wan..ai em Qies..(",)

17 June 2010

Jawab soklan tag..

Sebenarnye dah lame dah kene tag from Ct ni (http://zuarcity.blogspot.com). Maaf la Ct kte lambat buat. So, here is the answer:

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder



2. Select the 8th photo in that folder.


3. Post that photo along with the story behind it



Gambar ni diambil di sebuah kedai fast food (xigt dah..) dalam Cheras Leisure Mall mase Balqies umo 5 bulan. Time tu ktrg pegi sane sopping baju2 PONEY sbb PONEY buat sales gilers2. Mmg murah! Seluar baju yg ade tag rege ISETAN RM86 dapat beli rege RM19 je. Baju budak2 pon dapat RM9, RM19...dan ade yg betul2 cumel balaupon xde la byk sgt pilihan..tapi boleh tahan la sales dia. So, lepas penat berebut baju2 ngan orang ramai..hee..MAKAN TIME!

4. Then challenge 8 blogging friends to do same.

1- Firahadifa
2- Notti Netti
3- Mummy Ayu
4- Suziey
5- Farhana
6- Momguess
7- Shazli
8- ANDA YG BACE post ni..ahaha..!

16 June 2010

1st Impression dan pemikiran positif jua negatif..

Hmm..aku bukanlah pakar psikologi untuk menghurai tajuk di atas. Cume ingin berkongsi pandangan ku setelah terbace suatu artikel ni. Artikel tersebut telah diceritakan dlm bahasa inggeris, namun memahami keterbatasan diri ini dlm berbahasa inggeris, baik ku ceritakan dlm bahasa malaysia saje..jika tidak nanti ntah ape aje merapunye..

Dlm artikel tersebut diceritakan tentang penulis yg sedang menaiki sebuah tren (di luar negara). Ketika tren berhenti di suatu station, masuklah seorang lelaki bersama berberape orang anak2 nye. Budak2 itu kelihatan sungguh tidak terkawal; menjerit2, melompat2, mengganggu penumpang2 lain dlm tren. Sedang si ayah cume memandang dan membiarkan saje. Kelihatan bebrape penumpang mulai marah dgn keadaan tersebut termasuklah penulis. Penulis terus meletakkan 1st impression nya tentang betapa si ayah sungguh tidak tahu ajar anak. Bila keadaan berlarutan, si penulis sudah tidak dpt bersabar dn menegur dgn berang kepada si ayah budak2 tersebut. Si ayah cume memandang penulis dn menjawab (diterjemahkan dlm BM, tapi lbh kurang cmni la maknenye): "maafkan saya. Tapi isteri sy baru saje meninggal di hospital. Sungguh saya tidak mampu berfikir apepun sekarang. Jika inilah keadaan saya, tak dpt saya bayangkan perasaan mereka (budak2 itu) yg baru kehilangan kasih sayang ibu yg amat mereka cintai...maka kerna itulah saya membiarkan mereka. mungkin itu lebih baik buat mereka pada waktu ini..". TERSENTAP penulis! terus lenyap perasaan marah berganti sayu dn simpati yg teramat.

Sejak terbace artikel ini, sering aku berfikir..kerna aku mmg tergolong dlm golongan yg selalu membuat andaian negatif terhadap suatu situasi. Dr sini aku belajar bahawa dunia dan dimensi catitan hidup setiap manusia tidak kan pernah sama. Jika berlaku suatu situasi, aku belajar untuk menimbang nya dr setiap sudut positif dan negatif. Mengenali setiap manusia tidak pernah same. Begitu juga dgn hasil tulisan...kerna tulisan tidak bernada, maka bila terbace tentang suatu hasil tulisan, mungkin perlu untuk kite pertimbangkan dari sudut positif dan tidak begitu cepat melatah melabel penulis sbg sombong, ego, atau riak sedangkan mungkin si penulis cume berniat berkongsi cerita (",) -- wallahua'lam.

Pintar, Genius, Bijaksana..???

Baru2 ni diriku didatangi suatu isu tentang student yg keliru atas pemerolehan keputusan yg cukup mantap dlm degree dn dia digolongkan sbg scorer yg hebat. Tak dpt ku pastikan apakah pandangan dia terhadap diri sendiri, namun kehebatan itu menjadikan dia ke arah menjadi perfectionist dlm setiap hal yg akhirnya memakan diri sendiri. Jika ada keje yg tak jadi, bgnya bagai dunia hampir kiamat. Suatu ketika mase kami bersembang, sengaja aku terbitkan isu ini sekadar utk meringankan beban pemikirannya. Setelah dia secara pjg lebarnye mengadu itu ini, aku senyum dn memberi pandangan bahawa setiap manusia harus menerima bhw tiada yg sempurna di dunia ini. Untuk memperbaiki kelemahan diri, ya, itu perlu. Namun untuk mengharap dan melakukan segalanya secara sempurna, itu bukan sifat manusia kerana hanya Allah S.W.T yg Maha Sempurna. Aku meneruskan bahawa berada di antara top student tidak bermakne dia akan di atas selama2nya. Perlu untuk dia tahu dn bersedia untuk hari2 di mana roda akan berpusing laju mengheret dia ke bawah amat..kerna itulah lumrahnya hidup..

Memiliki kepintaran tinggi dan genius mungkin adalah hadiah dr Yg Maha Penyayang untuk segelintir umat manusia terpilih. Namun menurut hematku, itu bukan lah jaminan hidup yang terbaik. Dari pemerhatianku terhadap alam sekeliling, aku menyimpulkan bahawa bijaksana mengatasi kepentingan score IQ yg tertera di atas kepingan sijil. Sungguh, bijaksana tidak bisa dinilai melalui kehadiran degree, master, phd, hatta gelaran prof sekalipun! Bijaksana mungkin terlihatkan dari aspek pengurusan hidup seseorang, mengetepikan langsung status IQ nya kerana bijaksana mencangkupi IQ, EQ, dan segala bagai teori psikologi itu. Malah seorang saintis terbaik dunia mungkin belum mampu memiliki kebijaksaan...maka akhirnya hidupnya terumbang-ambing di gelojak samudera kehidupan...begitu la metaforanya.. kerana diri ini adalah makhlus cukup seni tanpa sebarang kemampuan apa pun jika tidak kerna rahmat dan kasih sayang Ar-Rahman. Maka kataku pada adik tersebut "kejar lah bijaksana kerna dgnnya barulah 'pintar' boleh ditangani dgn baik dan tidak membawa kemudaratan - wallahua'lam".

--->Pandai je sendiri cakap sedangkan seringkali aku juga alpa terhadap arus duniawi serba indah, namun harus aku mengingatkan diri sendiri SELALU akan kerdil nya diri tanpa pimpinan kasih dan rahmatNya..<---

15 June 2010

OuR ChIlDhOoD and TheIRs..

Mlm tadi kte menumpang duduk kt rumah eldest sis sementara sbb hubby balik lambat. Ade dinner for jantan2 opis katenye..so me xleh itut..("_). Dah la makan kt Shogun, Sunway...adei..xaci tol! Tempat feberet ku itu..

So mase kt rumah kakak tgk la si Along ngan Angah (doter 1st and 2nd kakak) bergaduh. On mende kecik je pun. Tapi yg interesting nya adalah 'pembakar' kepada pergaduhan tu adalah stress! Yg si Angah tu tgh stress kate adik2 yg lain bile kte tanye mereka. Angah tu baru 12 tahun tapi dh pandai stress. Stress sbb nk UPSR. Tapi kalo difikir2 mmg stress kot. Kte tgk siang malam dia blaja. Siang ke sekolah malam ke tuisyen. (mengalahkan mase kte blaja kt U ni ha..). Skolah budak2 ni plak mmg men'stress'kan jgk kot..name pun skolah integrasi. Blaja berbelas2 matapelajaran. Bahasa perantara mereka ade 3 (BM, BI, BA). Nk masuk skolah ni derang kene amek exam dan interbiu seawal umo 6 tahun! Kebolehan basic yg mesti ade adalah menulis, membace, mengira, dan mengaji. Katenye daripada hampir seribu yg memohon, kurang dari seratus yg mereka amek..so mmg cream of the cream la kot. And this Angah adalah scorer in her batch..always No 1!..Agak2 kte paham la nape dia stress manjang.. Pencapaian si Angah ni sering men'shadow'kan si kakak (Along) dan adik2 lain sbb sume pon dapat skolah yg same. Walaopun sbnrnye mereka sume mmg boleh tahan (lagi2 kalo nk cmpare dgn Mak Andak - aku la tu - derang ni). Yela..if my eldest sis tu xpenah dapat No2 sekali pon dlm idup..nikan pula anak2 nye yg dh dapat cantuman gen kakak dan abang ipar.

Bile kte pk2..uii..advance tol budak2 ni. Kte mase skolah dulu haram nak peduli exam! UPSR, PMR, even SPM berlalu dgn kte sesuke-suki xtudy pon..asek main dn tgk tv + berexperiment dgn adik-bradik lain. Cume sepanjang kami membesar, parents sogok dgn memacam jenis ensiklopedia (children, medical, electrical, sains..u name it! -but a few years back mak dh bakar sume sbb jadik sarang anai2). Furthermore, abang dapat hadiah mikroskop mase salah satu birthday dia..menjadikan kami sume ske wat eksperimen sendiri di rumah - abes kaki semut, nyamuk segala barang jadik bahan awetan..huhuhu. Abg plak penah skali hampir membakar rumah bile dia beli (secara haram tanpa pengetahuan mak) dapo minyak pam dn pasang di bilik. Kat situ mcm2 mende dia bakar dan cube ekstrak. Antara yg dapat adalah hablur sulfur..dapat dari mane? dari AIR KENCING dia!!! yikes! eleh..ngata abang sendiri plaks..kte ngan adik pon ape kurang? Last time me and adik no 6 bace eksiklopedia on simple elektrical (that time I was 10 yrs and adik 9 yrs old). Then kami berangan2 nk contact makhluk asing di angkasa (ni hasil gabungan bacaan ensiklopedia dan buku sci-fic yer..). So, kte dua keliling kampung carik bahan2 erelektrik terpakai. Pastu sambung wayar sane..sambung wayar sini (seb baik xmeletup tiang letrik memane!)..pastu dapat la bunyi ktok..ktok..kuar kt speaker. uii..bukan main sronok lagi kami! pastu berangan2 la dah antar kod morse ke makhluk asing..mcm2! Cite tu disinambungkan pula dgn kegiatan another 2 elder sis yg menkaji keganjilan di bumi, konon2 makhluk asing nk datang dh! ntah pape ntah! dan mcm2 lg la kisah2 kami mase childhood.

So, kalo dicomparekan..mmg berbeza btol zaman childhood kami ngan generasi selepas kami ni (anak2). Kami enjoy byk mase kecik..tapi bebudak skrg ni asek kene blajo je..sian btol! Tapi of course la mereka lagi advande kan? Cam si Angah tu, umo 2 setengah tahun dah menggodak PC. Mase dia umo 4 tahun dh godak internet. Ade skali tu nk pengsan my eldest sis bile terima email dr si Angah ni. Dia antar kad Barbie yg ade ucapan pade ummi dia. Ble di tanye, dia kate sorang kawan tabika bwk Barbie ke sekolah. Org lain dok main Barbie, dia xmain..tapi dia kutip kotak Barbie dn salin URL nyer..pastu balik bukak internet, jumpe kt Barbie pnyer website tu blh create kad dn sbgainye..tu yg dia antar ke ummi dia..aii budak2 ni..

Kalo bab beli buku la yg my eldest sis paling pening. Skali pegi kedai bertimbun buku anak2 dia pilih. Beli je trus bukak dan bace sambil jalan dan dlm kete. Sampai je rumah ade buku dh abes dibace..mula la merengek masing2 nk buku baru! Kalo stakat novel2 penyiasatan (BM dn BI) yg tebal satu 1/2 inci tu, xsampai sehari derang hadap. Sampai my sis kene buat rule baru - buku BM yg habis dibace harus ditranslatekan ke BI dalam Word..and vice versa. Then baru blh dapat buku baru..pandai my sis!

Ni baru kisah anak kakak sulong. Yg anak2 Abg Ngah dan Kak Eli (sis #3) pon boleh tahan. But I've to bersiap now. Today ade keje on viral infection for 3,6,9, and 12 hours. Tgh mlm baru balik.

p/s merindui zaman childhoodku..

13 June 2010

Selamat Pengantin Baru Wanie and Muaz..

Last Friday adalah hari bersejarah buat 1 of my labmate, Nurhazwani Sukram. Dia secara sahnya telah menjadi isteri kepada Muhamad Muaz Mahmud. But kte xhadir ke majlis akad nikah tu. However, mejlis bersanding hari Sabtu tu kte pegi. Mmg same padan dua merpati sejoli ni. The beauty and prince..






Baru sampai trus mentekedarah! Mcm ade, nasik beriani, nasik putih, char kuew teau, cendol, kek dan mcm2 lagi..heaven giles..


Kek pengantin kaler biru.



Makan beradap.




Di pelamin nan indah.




For them from me (sebab Wani xdatang makan kek yg akak bwk ke lab, so ni bahagian Wani..hee..)

Us from Lab 143 and Lab 134..


Semoga Wani berbahagia ke akhir hayat..amin..

12 June 2010

Masalah internet dan masalah mase..masalah ke???

Lame x buat post. Bknnye ape, internet di Lab ade masalah. Kte cume time kat lab je la rajin nk bukak blog dn bace blog orang sementara menunggu mesin2 run reactions. So, lebih kurang seminggu ni la xbukak blog dn xbace blog2 kegemaran. Walopon kt rumah ade Streamix, tp ble dh balik rumah ni mcm2 menunggu...hubby, baby, dan mcm2 lagi.

Pon begitu..problem is opportunity. Ni yg kte slalu terapkan dalam minda. Ble dpt online slalu, mulalah asyik je dlm dunia maya. Ble xdpt online, tetibe byk pulak pages tesis dpt ditulis..ahahaha...kan problem is opportunity?

Tula, kte ni byk je keje kene buat sebenarnye..by Nov wajib submit tesis pade main supervisor. Tapi dlm mase yg same jgk kte tetap suke buat cuti sesuke hati walopon byk keje! Yela..walopon bekerja sbg tutor UPM, tapi dapat cuti 3 tahun setengah with full salary plus scholar..sape nak bagi cuti cmtu weh! Mmg enjoy sakan! Aiii..ape da kte ni..bangkrap malaysia kalo sume student cm kte..duit masuk, tapi grad nyer idak jugak lagi..!

Ade xsampai 5 bulan lagi for me to complete everything. Mmg patut kalo dihadkan aktiviti2 lain dn fokus pada penulisan tesis ni. Xcukup mase bukan alasan kukuh..kalo kte sempat ngedate blog, nape xsempat ngedate tesis? uhuhuhu...sendiri tanye sendiri jawab aaa...

Papepun, tahun depan wajib grad. 3 Jan 3011 dh kene lapor diri as lecturer and if I'm unlucky, bulan Julai depan ni kene lapor diri (hopefully tidak la...belum sedia lagi nk ngajar anak orang). So, konvo 2011...wait for me! I nak pakai topi bulat dan jubah maroon with 3 lines benang emas! InsyaAllah...amin..

08 June 2010

Hobi di tengah malam...

Malam kelmarin kte ajak my 4th sis tido kt rumah sbb hubby balik lambat sket. Mlm tu di tgh kebosanan dtg la idea kte utk buat mende ni dgn my sis...heee..




05 June 2010

Bile Balqies 'dapat kaki'..

My little Balqies dah makin laju berjalan sekarang..tok tek tok tek ke sane sini. So, inilah antara video my little angel berjalan dan panjat tangga..hee..

Si kecik 'dapat kaki'..

Panjat tangga dgn sepupu2..

Bile dh mengidam mengalahkan ibu pegnen..

Hmm..sejak bebrape minggu yg lepas..sejak kte tengok cuppies rich choc dlm blog the cake designer notti netti, my taste buds asek merengek2 minta disuap rase coklat yg kelihatannya super ultra enak itu! Agak ade tiap2 hari kte dok skodeng blog tu. Dan akhirnya malam khamis lepas kte pon antar la email mengorder cuppies tu kt tuan pnyer blog Si Pembuat Kek..hee..

However, hari Jumaat lepas memang asek terfikir2 je kek cup coklat yg rich tu. Aii..nk tunggu ke tarikh pengambilan agak la lambat nyer. In addition, hari ahad ni nk celebrate birthday 1 of my niece and i thought i want to give cuppies to her tapi xsempat plak nk order kat mane2. So, that evening kte terpk, why don i try buat sendiri? (lagi pula hari Jumaat balik awal sket sbb xsihat asalnye, but after a few hours of rest dah getting better). So I took 1 hour journey through Google (for recipe and decorations) dan You Tube (to learn making chocolate gadache). Lewat petang kte pon menggoogle2 kedai kek yg ade supply barang2 cuppies ni tapi xjumpe location yg diketahui. Kte tepon hubby tanye pasal 1 location kt Ampang Waterfront, then hubby said why dont i carik je kt deret kedai kt Bangi tu? Dia rase mcm penah nampak kt situ. Kte pegi sane dan mmg betul, ade 2 kedai supply barang2 kek. Muahahaha....! bahagianye hidupku memborong barang2 buat cuppies! (se'bahagia' dompetku yg makin kurus menyelim..("_)

So, balik rumah terfikir plak..kte mane ade oven untuk masak kek???? But penyelamat ade berdekatan. Rumah my eldest sis yg cume di belakang pintu dapor tu kan ade segala2nye..so kte hangkut plak sebakul barang2 tu ke rumah kakak dan buat kek kat sane dgn 5 orang nieces..seronok betul! Tapi bebrape kali dok adjust brape banyak kek kene letak dlm 1 cawan sebab kek yg masak naik tinggi sampai melimpah! huhuhu...1st time buat...

Dan hasilnye?? tada....




Barney..kartun feberet Alya Farhana..





Yang ini di bungkus khas untuk hadiah birthday Alya Farhana (anak sulung my bro-in-law).










02 June 2010

Tertekan..tertindih..tersepit lagi terjepit..

Pagi2 tadi datang lab terjumpe la my Mummy (supervisor). "Haa hidayah, mane tesis? sume lecturers dh tanye bile u nak abes ni? u kene ngajar dh patutnye ni"!

Aduii...terase heartbeat ku melonjak melebihi paras 200! Kalo boleh, insan ni la yg aku xsanggup nk jumpe tapi terpakse ngadap hari2. Bukan xsuke dia. Mummy mmg baik sgt..dia concern pasal study aku yg xabes2 lagi ni sedangkan patut dah abes tahu lepas lagi. Memang la sambung blaja ni xmudah. Spjg study aku ni, mcm2 hal jadik. 3 kali rombak supervisory committee, 4 kali tukar projek. Sebabnye? xde org tahu hinggalah Oktober last year bile Prof Eric Stanbridge dari UCI, California dapat identify bahawa ade masalah dalam barang2 mentah (sel kanser, antibodi dan sebagainye). Dan aku (serta hampir semua student lab kami) adelah mangse..wooo...patutla sume keje asek xjadi sedangkan aku sblm kawin mmg workoholic tahap gaban. Aku mmg giler research sampai sanggup berumahtangga dalam lab dan library. Stakat xbalik 2,3 hari tu mmg biase sgt la...jadi ble keje asek2 xjadik..Tuhan saje yg tahu betape frust nyer aku...





Tapi skrg ble dah kawin..rase xsanggup plak nk hidup mcm dulu. Xsampai ati nk tinggal anak berhari2 xjumpe muke. Xsanggup nk tido duduk atas kerusi dlm lab sedangkan tido kt lengan hubby paling selesa..tapi..tapi..aku dh xbyk mase. hanye ade 4 bulan setengah sblm aku WAJIB antar draf tesis. Dan Januari tahun depan WAJIB jadik cekgu pade budak2 UPM ni..ajar imunologi, virologi, dan pasal loji2 (oh..itu tidak same sekali!).





Make..mlm tadi diriku ini dh maklumkan pd hubby " Abang..syng mls betul nk jadik student yg dulu tu. Tapi mase dh xbyk. So, kalo2 pasni syng angin je x menentu, tensi membaling2 barang, ngamuk cm singa betina hilang anak..minta maaf la byk2 ye?". Dan suamiku yg sgt memahami itu pun tersenyum dan menjawab " abg phm je..abg dh rase. buat lab mase undergrad je dh tension abes. inikan pulak phd..tapi agak2 kalo slalu kene marah xtentu pasal, abg angin jgk kott..."





Aiii..itulah kisah sorang student yg diri tak brape pandai, tapi ade ati nk blaja tinggi. Lagi bercite2 melangit nk gengam title Dr semuda umo 25..now sendiri tanggung...idup pun dah huru-hara! Papepun tiap2 hari aku berdoa moga Allah permudahkan urusanku. Moga Allah berikan kesabaran dan ketabahan setinggi Gunung Everest dlm hatiku..dan moga2 aku sentiasa mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai manusia dan bukan hanye seorang yg mengejar cita2..namun setiap kali mengingatkan tesis yg blm siap2 tu..amatlan TERTEKAN, TERTINDIH, TERSEPIT, TERJEPIT, LAGI TERSEMPIT JIWA RAGAKU INI..!


Al-Fatihah buat arwah Haji Ismail Ishak

Dah bebrape hari x update post. Hari Isnin lepas plan nk tulis pasal balik Kuantan last holidays. However..pagi Isnin lepas dapat berita yg tak diduga sangat. My hubby's grandfather kritikal di Hospital Sg. Buloh! Once dapat je that news from hubby kte trus cancel keje on that day dan rush to Shah Alam to see my hubby. From there we both gerak ke Hospital Sg. Buloh..

Sampai sane terus ke wad 4C..dan kami melihat datuk dah tak bermaya di atas katil. Katil datuk dipenuhi pelbagai mesin dan badan datuk penuh wayar. Bilik datuk betul2 di hadapan meja Doktor petugas..membuatkan kte rase harapan agak tipis. Walaupun kte tidak lah begitu rapat dgn datuk, tapi tetap tak dapat menahan rase sedih dan pilu melihat keadaannya. From my bro-in-law dan wife who are both medical doctors, me and hubby dapat infor bahawa keadaan datuk memang tenat..

About 2 pm, we both left untuk kembali ke tempat kerja. Kte berdoa je harap2 datuk akan survive his condition. But around 6.30 pm..datuk pergi buat selama2nya. Datuk pergi dgn aman dan tenang meninggalkan kami semua. Berita itu amat mengejutkan tapi kami harus redha..semoga roh datuk Haji Ismail dicucuri rahmatNya...Al-Fatihah..

30 May 2010

Menang Contest Teka Berat Maryam...yippeee!!!

Baru je sampai dari Kuantan kul 7.30 malam tadi...kemas beg, kemas bilik siap mop skali (hubby tolong)..then basuh kain baju 2 kali mesin..letih betul! Tapi bile bace je keputusan pemenang Pertandingan Teka Berat Maryam...yipppeee!!! Kte adalah antar 3 orang yg teka paling tepat dan tersenarai sebagai pemenang hadiah pertama! Alhamdulillah..

Berat Maryam adalah 4.5 kg. Kte teka 4.51 kg. So...kte MENANG ini..



Ske..ske..skenyerrr!!! Congratz to other pemenang also: Nea Flerida, Tiefazatie, Ibu Damia, dan BardBoo.

Many thanks to Mrs. and Mr. Amien! (",)

27 May 2010

KuAnTAn..HeRe I ComE!!!!!

Xsabar..xsabar..bebrape jam lagi nk berangkat balik Kuantan. Balik kampungku yg bersebelahan dgn kampung nelayan...makanye rumahku amat dekat ngan pantai..heaven!

I luv my kampung so much! Pagi2 wajib me and hubby g pantai after Subuh untuk tgk matahari terbit. Sometime waktu malam di musim tengkujuh, bunyi hempasan ombak yg menggila terdengar sampai ke bilik tidurku..asyik bangat!

Kat sini setiap hari nelayan akan turun ke laut seawal sebelum subuh dan pulang sebelum Asar. Dan hari2 la sejak kecik famili ku dapat makan ikan segar fresh yg baru ditangkap. Aromanye..rasenye...perrrgggghhh! Goreng dgn kunyit je pon dah cukup. Dulu2 my favourite ringkas je: nasik panas dgn ikan goreng. Ikan yg baru naik dari laut ni mmg amat ketara kesedapan dan keenakannya! Itu belom lagi sebut sotong, udang dan ketam...bile makan panas2 mmg terpercik kilauan bunga2 api di sekeliling (cam dalam citer Rattatouille tu ble ia makan makanan sedap)...marvellous!

Petang2 di sini ade jual kopok lekor, ABC dan cendol. Gerai pulak betul2 tepi pantai. Sambil mkn kopok panas atau Mi Calong (mi khas penduduk sini yg kuahnye adalah air rebusan dari ikan segar), sambil aku menahan tudung yg nk terbang sebab angin pantai yg sgt kuat tapi nyaman dan mendamaikan. Bile2 rase nk makan kopok lekor baru masak, ckp je kt mak. Nanti kul 11 pagi mak pegi rumah tukang wat kopok tepi pantai. Kul 11 pagi biasenye derang baru siap rebus kopok. So, bayangkan kopok yg baru dibuat dan direbus tu masuk dlm mulut...aiii...skrg je dh meleleh air liur!

Di mlm hari gerai kopok xbukak tapi diganti dgn Kedai Ikan Bakar. Yg femes ade di Tanjung Lumpur. Tapi diriku prefer yg dekat dgn pantai dekat rumah sbb kedai dia betul2 sebelah tebing laut. Waktu mlm air laut pasang. Penah skali tgh makan dgn famili kat situ tibe2 air laut melimpah dekat dgn kaki ktrg. Bayangkan betapa dekatnye dgn laut! Kalo mkn berdua2an je mmg romantis amat la..

Lg duduk kt kampung ni, bahan2 masak senang dapat terutama yg libatkan santan/kelapa muda. Dolu2 diriku ini amat suke buat kuih-muih lepas balik dr sekolah untuk juadah petang. Kalo buat kuih koci ke, kuih bom ke, beronak ke, putri mandi, and segala jenis kuih tradisional ni, pakai santan/kelapa parut dari kelapa muda berisi tebal..teramat la enaknyer!!

Namun..cume 72 jam je. Mungkin xsempat nk buat semua mende. Namun xkan ku sia2kan 72 jam yg ade nanti utk enjoy abes kt kampungku yg indah permai itu. Yang penting..aku tamo bawak balik barang sebijik buku atau jurnal pon malam ni! ahahahahahahaha!!! Babai study ku..aku dh penat ngadap kau 4 tahun ni. Ini malam, korang (buku, jurnal sume) boleh duduk dalam itu rumah dan jaga itu rumah yek? byeeeee......

26 May 2010

Krisis gula dan Kanser..


Aiii..ape aje jenis tajuk yg kte letak ni. Sebenarnya sejak bebrape minggu kebelakangan, sel kanser dalam jagaan kte semakin kurus kering dan xsihat. Amatlah pelik keadaan ini kerana kanser terkenal dgn sifat survivability yg tinggi. Dari my observation, sel2 ni tgh stress (sbb ade granule2 halus) dan mcm tgh lapar sedangkan kte dah berikan media (makanan) terbaik yg penuh dgn molekul2 makanan yg byk. So..mengapakah?

Kejadian ini telah menyebabkan kte dgn suke hati menjalankan kajian simple utk mengenalpasti sebab musabab sel2 kanser mogok cmni. Satu persatu nutrient tambahan ditambah dan dikurangkan untuk melihat effectnye. Bermula dgn L-glutamine, HEPES, NEAA, Sodium bicarb, sodium pyruvate dan serum...semuanye xmemberi kesan significant.

Akhirnye kte terfikir sesuatu..what about glucose (gula ringkas)? Kanser mmg suke gula ni.. So awal minggu ni kte telah membuat 3 kumpulan sel kanser berbeza; 1) media asal tanpa tambahan gula lebih 2) media jenis lain yang mempunyai gula yang tinggi 3)campuran kedua2 media asal dan media gula tinggi...hasilnyaaa???

1) sel kanser kecut2
2) sel kanser segar bugar dan grow amat pantas!
3) sel kanser segar tapi grow lambat sket dari kumpulan 2

Kesimpulannya.....sel kanser SUKE GULA! Mungkin inilah hikmah dari krisis gula yg sedang melanda. Mungkin kte patut mula betul2 mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Kes kanser di negara kita sekarang semakin meningkat sepantas sel2 kanser yang tumbuh dalam media bergula tinggi dalam makmal kte.


p/s Kte tidak mereport bahawa gula penyebab kanser. Cume dari pemerhatian kte, gula membantu sel kanser bertumbuh dan merebak dgn cepat. Jgn ade yg report kat mane2 pulak nanti kate kte report gule penyebab kanser ye? Sekadar berkongsi dapatan dan pandangan..(",)

25 May 2010

Muke tua..ahaks!

Tadi tgk blogger firahadifa buat prediction muke dia 20 tahun lagi. So kte pon gatal la nk menerai. Untuk buat muke tua kene upload gambar muke berdepan. Tapi since almost all my pics dah berkubur bersama2 dua bijik laptopku..hmm..payah btl nk carik gambar muke yg lurus.

Mule2 try gune 1 pic ni..tau dapat ape?



tu diaaa...muke nenek jahat yang MAKAN BUDAK dalam citer HANSEL & GRETEL! "grraaaa...makan budakkkk!!!"

tak puas ati den..ado ko patut muko den ni disamokan dongan muko nenek tuo Hensel & Gretel, So, den bowat lagi..

Dopat la yang ini..



itu la muko Makcik Dayah 20 tahun lagi..

TIDAKKKKKKK!!!!!
Hubby darling pling pling..belikan Sayang set SK-II boleh? (sambil terkejip2 mata menggoda + merayu!)

..macam2 hals!

Contest UnguPurple Crazy



Gambar yg dipertaruhkan adalah..

Gambar ni diambil di salah sebuah pusat ternakan lebah madu berdekatan Cameron Highland. Pertama kali dapat pegang bunga matahari..besar betul! Patut la lebah-lebah di situ hasilkan madu yang enak. Pasti madu tersebut hasil dari nektar bunga matahari ini.

SLOGAN:

Purle atau ungu adalah warna yang memberi tafsiran romantis bagi pasangan bercinta, anggun pada wanita, dan merupakan warna batu amethyst yang sering dijadikan simbol kebijaksaan. Menggayakan fesyen berwarna ungu menambah keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diriku.

24 May 2010

Ayah dapat pacifier, mama dapat botol susu!

Membesarkan Balqies tidaklah begitu membebankan.. alhamdulillah. Dia ni cukup berjadual. Makan 3 kali sehari dan mesti habis, senang xmembazir. Kalo mama dan ayah xbawa keluar dinner di mane2, pas Maghrib dah tido. Kalo dh sampai waktu dia tido tapi mama dan ayah sibuk ngadap keje atau PC, bagi je dia pacifier, nanti dia golek2 sendiri atas katil pastu tido. Cume dia akan bgn 3,4 kali setiap malam minta susu atau bile pampers dh basah sgt. Ade satu malam tu mama pengsan abes xsedar dunia. Tibe2 mama mimpi kepala diketuk2. Tapi sakitnye memang real! Bukak2 je mata, rupenye si Balqies dah amek botol susu (yg diminum sebelum tido) dan ketuk dahi mama minta buatkan susu! Then ble mama kate "nape nak..? nk susu ye?", Balqies tonyoh botol susu ke mulut mama. Agaknye dia nk ckp "Ma, Qies nk susu la. Ni kosong je botol ni haa.." belum reti, so ketuk jela mamaku yg tido cm tunggul kayu mati ni!



Di mlm yg lain pula, tatkala mama sibuk ngadap keje dn xtido, tibe2 mama perasan satu adegan yg cukup menggelikan hati! Balqies terjaga dn merangkak dekat ayah. Tibe2 Balqies cabut pacifier dari mulut dan suakan ke mulut ayah yg tgh nyenyak melayar mimpi. Punyelah kuat Balqies tonyoh pacifier tu kt mulut ayah sampai terjaga ayah dr lena..mama gelak je la. Agaknye kate Balqies dlm hati "cian tgk ayah tido keletihan..agak2nye kalo ayah nyonyot pacifier ni mesti lg lena...". macam2 hal la anak mama ni!


Siang hari si kecik ni menggodak hp mamanye pula..

contest-AKU DAN MAKANAN ITU

Contest pasal makanan ni dianjurkan oleh Cik Yana Kenja. From the picture itself I can see how much that she love foods..OMG! Kalo nak join boleh click SINI.




Gambar yg dipertaruhkan adalah ini..



Nampak x cekelat2 kecil bertaburan di dinding cawan tu..sejenis makanan kan..(",)

CUTE PINK BABIES CONTEST

Contest bayi comel in pink ni dianjurkan oleh Ibu QisQas..marilah join beramai2!



Gambar yg dipertaruhkan ialah ini..my baby pakai baju warna putih and light pink colour..pnk jugak kan..(",)


Nama bayi : Ain Farisha Balqies binti Mohd Shafiruz
Umur : 9 bulan
Tarikh lahir : 19 Ogos 2009

Pesan mama buat Balqies..

Sayang mama,

Mama tak pernah mengimpikan Balqies sebagai pengganti Einstein. Tidak juga mama harapkan Balqies sehebat Sheikh Muzaffar atau sepopular Siti Nurhaliza. Cukuplah bagi mama untuk Balqies membesar dgn sihat dan sempurna fizikal serta mental. Manjadi dewasa yang taat pada perintah agama Ad-Din, dan menjadi penyejuk hati mama dan ayah. Dan semoga Balqies akan sentiasa disayangi dan disenangi keluarga dan teman2 sekeliling. Juga agar Balqies berumur panjang dan hidup tenang serta bahagia sentiasa...inilah doa mama buatmu sayang..AMIN..

"KID'S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET"

Banner..



Gambar yg dipertaruhkan adalah ini..

Penerangan gambar:

Saya adalah.. Follower http://funz-universe@blogspot.com

Nama follower : Afarqies

Nama penuh : Nurhidayah Roslan

Nama anak : Ain Farisha Balqies binti Mohd Shafiruz
Umur: 9 bulan

Email: hidayah.shafiruz@gmail.com

Gambar ini diambil ketika Balqies pertama kali menaiki walker. Dia yg sangat taksub dengan stereng kereta akhirnya memiliki stereng peribadi yang boleh diputar sepuas hati. Tengoklah betapa seronoknyer tu!

Ingin join contest ini? Sila click di SINI.

THIS CONTEST IS BROUGHT TO YOU BY http://funz-universe.blogspot.com & www.simfonikasih.net"