Baru2 ni diriku didatangi suatu isu tentang student yg keliru atas pemerolehan keputusan yg cukup mantap dlm degree dn dia digolongkan sbg scorer yg hebat. Tak dpt ku pastikan apakah pandangan dia terhadap diri sendiri, namun kehebatan itu menjadikan dia ke arah menjadi perfectionist dlm setiap hal yg akhirnya memakan diri sendiri. Jika ada keje yg tak jadi, bgnya bagai dunia hampir kiamat. Suatu ketika mase kami bersembang, sengaja aku terbitkan isu ini sekadar utk meringankan beban pemikirannya. Setelah dia secara pjg lebarnye mengadu itu ini, aku senyum dn memberi pandangan bahawa setiap manusia harus menerima bhw tiada yg sempurna di dunia ini. Untuk memperbaiki kelemahan diri, ya, itu perlu. Namun untuk mengharap dan melakukan segalanya secara sempurna, itu bukan sifat manusia kerana hanya Allah S.W.T yg Maha Sempurna. Aku meneruskan bahawa berada di antara top student tidak bermakne dia akan di atas selama2nya. Perlu untuk dia tahu dn bersedia untuk hari2 di mana roda akan berpusing laju mengheret dia ke bawah amat..kerna itulah lumrahnya hidup..
Memiliki kepintaran tinggi dan genius mungkin adalah hadiah dr Yg Maha Penyayang untuk segelintir umat manusia terpilih. Namun menurut hematku, itu bukan lah jaminan hidup yang terbaik. Dari pemerhatianku terhadap alam sekeliling, aku menyimpulkan bahawa bijaksana mengatasi kepentingan score IQ yg tertera di atas kepingan sijil. Sungguh, bijaksana tidak bisa dinilai melalui kehadiran degree, master, phd, hatta gelaran prof sekalipun! Bijaksana mungkin terlihatkan dari aspek pengurusan hidup seseorang, mengetepikan langsung status IQ nya kerana bijaksana mencangkupi IQ, EQ, dan segala bagai teori psikologi itu. Malah seorang saintis terbaik dunia mungkin belum mampu memiliki kebijaksaan...maka akhirnya hidupnya terumbang-ambing di gelojak samudera kehidupan...begitu la metaforanya.. kerana diri ini adalah makhlus cukup seni tanpa sebarang kemampuan apa pun jika tidak kerna rahmat dan kasih sayang Ar-Rahman. Maka kataku pada adik tersebut "kejar lah bijaksana kerna dgnnya barulah 'pintar' boleh ditangani dgn baik dan tidak membawa kemudaratan - wallahua'lam".
--->Pandai je sendiri cakap sedangkan seringkali aku juga alpa terhadap arus duniawi serba indah, namun harus aku mengingatkan diri sendiri SELALU akan kerdil nya diri tanpa pimpinan kasih dan rahmatNya..<---
1 comment:
Excellent post. I've been browsing this blog constantly thanks for sharing
vstcomplex
Goodhertz Vulf Crack
4Front TruePianos Crack
Arturia Pigments Crack
XSplit VCam Crack
AMEK EQ Crack
MusicLab RealEight Crack
WiFi Explorer Pro Crack
Post a Comment