30 May 2010

Menang Contest Teka Berat Maryam...yippeee!!!

Baru je sampai dari Kuantan kul 7.30 malam tadi...kemas beg, kemas bilik siap mop skali (hubby tolong)..then basuh kain baju 2 kali mesin..letih betul! Tapi bile bace je keputusan pemenang Pertandingan Teka Berat Maryam...yipppeee!!! Kte adalah antar 3 orang yg teka paling tepat dan tersenarai sebagai pemenang hadiah pertama! Alhamdulillah..

Berat Maryam adalah 4.5 kg. Kte teka 4.51 kg. So...kte MENANG ini..



Ske..ske..skenyerrr!!! Congratz to other pemenang also: Nea Flerida, Tiefazatie, Ibu Damia, dan BardBoo.

Many thanks to Mrs. and Mr. Amien! (",)

27 May 2010

KuAnTAn..HeRe I ComE!!!!!

Xsabar..xsabar..bebrape jam lagi nk berangkat balik Kuantan. Balik kampungku yg bersebelahan dgn kampung nelayan...makanye rumahku amat dekat ngan pantai..heaven!

I luv my kampung so much! Pagi2 wajib me and hubby g pantai after Subuh untuk tgk matahari terbit. Sometime waktu malam di musim tengkujuh, bunyi hempasan ombak yg menggila terdengar sampai ke bilik tidurku..asyik bangat!

Kat sini setiap hari nelayan akan turun ke laut seawal sebelum subuh dan pulang sebelum Asar. Dan hari2 la sejak kecik famili ku dapat makan ikan segar fresh yg baru ditangkap. Aromanye..rasenye...perrrgggghhh! Goreng dgn kunyit je pon dah cukup. Dulu2 my favourite ringkas je: nasik panas dgn ikan goreng. Ikan yg baru naik dari laut ni mmg amat ketara kesedapan dan keenakannya! Itu belom lagi sebut sotong, udang dan ketam...bile makan panas2 mmg terpercik kilauan bunga2 api di sekeliling (cam dalam citer Rattatouille tu ble ia makan makanan sedap)...marvellous!

Petang2 di sini ade jual kopok lekor, ABC dan cendol. Gerai pulak betul2 tepi pantai. Sambil mkn kopok panas atau Mi Calong (mi khas penduduk sini yg kuahnye adalah air rebusan dari ikan segar), sambil aku menahan tudung yg nk terbang sebab angin pantai yg sgt kuat tapi nyaman dan mendamaikan. Bile2 rase nk makan kopok lekor baru masak, ckp je kt mak. Nanti kul 11 pagi mak pegi rumah tukang wat kopok tepi pantai. Kul 11 pagi biasenye derang baru siap rebus kopok. So, bayangkan kopok yg baru dibuat dan direbus tu masuk dlm mulut...aiii...skrg je dh meleleh air liur!

Di mlm hari gerai kopok xbukak tapi diganti dgn Kedai Ikan Bakar. Yg femes ade di Tanjung Lumpur. Tapi diriku prefer yg dekat dgn pantai dekat rumah sbb kedai dia betul2 sebelah tebing laut. Waktu mlm air laut pasang. Penah skali tgh makan dgn famili kat situ tibe2 air laut melimpah dekat dgn kaki ktrg. Bayangkan betapa dekatnye dgn laut! Kalo mkn berdua2an je mmg romantis amat la..

Lg duduk kt kampung ni, bahan2 masak senang dapat terutama yg libatkan santan/kelapa muda. Dolu2 diriku ini amat suke buat kuih-muih lepas balik dr sekolah untuk juadah petang. Kalo buat kuih koci ke, kuih bom ke, beronak ke, putri mandi, and segala jenis kuih tradisional ni, pakai santan/kelapa parut dari kelapa muda berisi tebal..teramat la enaknyer!!

Namun..cume 72 jam je. Mungkin xsempat nk buat semua mende. Namun xkan ku sia2kan 72 jam yg ade nanti utk enjoy abes kt kampungku yg indah permai itu. Yang penting..aku tamo bawak balik barang sebijik buku atau jurnal pon malam ni! ahahahahahahaha!!! Babai study ku..aku dh penat ngadap kau 4 tahun ni. Ini malam, korang (buku, jurnal sume) boleh duduk dalam itu rumah dan jaga itu rumah yek? byeeeee......

26 May 2010

Krisis gula dan Kanser..


Aiii..ape aje jenis tajuk yg kte letak ni. Sebenarnya sejak bebrape minggu kebelakangan, sel kanser dalam jagaan kte semakin kurus kering dan xsihat. Amatlah pelik keadaan ini kerana kanser terkenal dgn sifat survivability yg tinggi. Dari my observation, sel2 ni tgh stress (sbb ade granule2 halus) dan mcm tgh lapar sedangkan kte dah berikan media (makanan) terbaik yg penuh dgn molekul2 makanan yg byk. So..mengapakah?

Kejadian ini telah menyebabkan kte dgn suke hati menjalankan kajian simple utk mengenalpasti sebab musabab sel2 kanser mogok cmni. Satu persatu nutrient tambahan ditambah dan dikurangkan untuk melihat effectnye. Bermula dgn L-glutamine, HEPES, NEAA, Sodium bicarb, sodium pyruvate dan serum...semuanye xmemberi kesan significant.

Akhirnye kte terfikir sesuatu..what about glucose (gula ringkas)? Kanser mmg suke gula ni.. So awal minggu ni kte telah membuat 3 kumpulan sel kanser berbeza; 1) media asal tanpa tambahan gula lebih 2) media jenis lain yang mempunyai gula yang tinggi 3)campuran kedua2 media asal dan media gula tinggi...hasilnyaaa???

1) sel kanser kecut2
2) sel kanser segar bugar dan grow amat pantas!
3) sel kanser segar tapi grow lambat sket dari kumpulan 2

Kesimpulannya.....sel kanser SUKE GULA! Mungkin inilah hikmah dari krisis gula yg sedang melanda. Mungkin kte patut mula betul2 mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Kes kanser di negara kita sekarang semakin meningkat sepantas sel2 kanser yang tumbuh dalam media bergula tinggi dalam makmal kte.


p/s Kte tidak mereport bahawa gula penyebab kanser. Cume dari pemerhatian kte, gula membantu sel kanser bertumbuh dan merebak dgn cepat. Jgn ade yg report kat mane2 pulak nanti kate kte report gule penyebab kanser ye? Sekadar berkongsi dapatan dan pandangan..(",)

25 May 2010

Muke tua..ahaks!

Tadi tgk blogger firahadifa buat prediction muke dia 20 tahun lagi. So kte pon gatal la nk menerai. Untuk buat muke tua kene upload gambar muke berdepan. Tapi since almost all my pics dah berkubur bersama2 dua bijik laptopku..hmm..payah btl nk carik gambar muke yg lurus.

Mule2 try gune 1 pic ni..tau dapat ape?



tu diaaa...muke nenek jahat yang MAKAN BUDAK dalam citer HANSEL & GRETEL! "grraaaa...makan budakkkk!!!"

tak puas ati den..ado ko patut muko den ni disamokan dongan muko nenek tuo Hensel & Gretel, So, den bowat lagi..

Dopat la yang ini..



itu la muko Makcik Dayah 20 tahun lagi..

TIDAKKKKKKK!!!!!
Hubby darling pling pling..belikan Sayang set SK-II boleh? (sambil terkejip2 mata menggoda + merayu!)

..macam2 hals!

Contest UnguPurple Crazy



Gambar yg dipertaruhkan adalah..

Gambar ni diambil di salah sebuah pusat ternakan lebah madu berdekatan Cameron Highland. Pertama kali dapat pegang bunga matahari..besar betul! Patut la lebah-lebah di situ hasilkan madu yang enak. Pasti madu tersebut hasil dari nektar bunga matahari ini.

SLOGAN:

Purle atau ungu adalah warna yang memberi tafsiran romantis bagi pasangan bercinta, anggun pada wanita, dan merupakan warna batu amethyst yang sering dijadikan simbol kebijaksaan. Menggayakan fesyen berwarna ungu menambah keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diriku.

24 May 2010

Ayah dapat pacifier, mama dapat botol susu!

Membesarkan Balqies tidaklah begitu membebankan.. alhamdulillah. Dia ni cukup berjadual. Makan 3 kali sehari dan mesti habis, senang xmembazir. Kalo mama dan ayah xbawa keluar dinner di mane2, pas Maghrib dah tido. Kalo dh sampai waktu dia tido tapi mama dan ayah sibuk ngadap keje atau PC, bagi je dia pacifier, nanti dia golek2 sendiri atas katil pastu tido. Cume dia akan bgn 3,4 kali setiap malam minta susu atau bile pampers dh basah sgt. Ade satu malam tu mama pengsan abes xsedar dunia. Tibe2 mama mimpi kepala diketuk2. Tapi sakitnye memang real! Bukak2 je mata, rupenye si Balqies dah amek botol susu (yg diminum sebelum tido) dan ketuk dahi mama minta buatkan susu! Then ble mama kate "nape nak..? nk susu ye?", Balqies tonyoh botol susu ke mulut mama. Agaknye dia nk ckp "Ma, Qies nk susu la. Ni kosong je botol ni haa.." belum reti, so ketuk jela mamaku yg tido cm tunggul kayu mati ni!



Di mlm yg lain pula, tatkala mama sibuk ngadap keje dn xtido, tibe2 mama perasan satu adegan yg cukup menggelikan hati! Balqies terjaga dn merangkak dekat ayah. Tibe2 Balqies cabut pacifier dari mulut dan suakan ke mulut ayah yg tgh nyenyak melayar mimpi. Punyelah kuat Balqies tonyoh pacifier tu kt mulut ayah sampai terjaga ayah dr lena..mama gelak je la. Agaknye kate Balqies dlm hati "cian tgk ayah tido keletihan..agak2nye kalo ayah nyonyot pacifier ni mesti lg lena...". macam2 hal la anak mama ni!


Siang hari si kecik ni menggodak hp mamanye pula..

contest-AKU DAN MAKANAN ITU

Contest pasal makanan ni dianjurkan oleh Cik Yana Kenja. From the picture itself I can see how much that she love foods..OMG! Kalo nak join boleh click SINI.




Gambar yg dipertaruhkan adalah ini..



Nampak x cekelat2 kecil bertaburan di dinding cawan tu..sejenis makanan kan..(",)

CUTE PINK BABIES CONTEST

Contest bayi comel in pink ni dianjurkan oleh Ibu QisQas..marilah join beramai2!



Gambar yg dipertaruhkan ialah ini..my baby pakai baju warna putih and light pink colour..pnk jugak kan..(",)


Nama bayi : Ain Farisha Balqies binti Mohd Shafiruz
Umur : 9 bulan
Tarikh lahir : 19 Ogos 2009

Pesan mama buat Balqies..

Sayang mama,

Mama tak pernah mengimpikan Balqies sebagai pengganti Einstein. Tidak juga mama harapkan Balqies sehebat Sheikh Muzaffar atau sepopular Siti Nurhaliza. Cukuplah bagi mama untuk Balqies membesar dgn sihat dan sempurna fizikal serta mental. Manjadi dewasa yang taat pada perintah agama Ad-Din, dan menjadi penyejuk hati mama dan ayah. Dan semoga Balqies akan sentiasa disayangi dan disenangi keluarga dan teman2 sekeliling. Juga agar Balqies berumur panjang dan hidup tenang serta bahagia sentiasa...inilah doa mama buatmu sayang..AMIN..

"KID'S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET"

Banner..



Gambar yg dipertaruhkan adalah ini..

Penerangan gambar:

Saya adalah.. Follower http://funz-universe@blogspot.com

Nama follower : Afarqies

Nama penuh : Nurhidayah Roslan

Nama anak : Ain Farisha Balqies binti Mohd Shafiruz
Umur: 9 bulan

Email: hidayah.shafiruz@gmail.com

Gambar ini diambil ketika Balqies pertama kali menaiki walker. Dia yg sangat taksub dengan stereng kereta akhirnya memiliki stereng peribadi yang boleh diputar sepuas hati. Tengoklah betapa seronoknyer tu!

Ingin join contest ini? Sila click di SINI.

THIS CONTEST IS BROUGHT TO YOU BY http://funz-universe.blogspot.com & www.simfonikasih.net"

1st WedDiNg AnniverSarY gIvEaway

Hadiah yg dicadangkan: seutas jam tangan. Dibelakang jam tersebut di engrave kan dgn nama akak dan suami, tarikh ulangtahun serta msg I LOVE U..hee. Since kebanyakan lelaki dan jam tgn xdapat dipisahkan..jam ini akan jadi satu hadiah romantis dr akak buatnya..

Contest ini dianjurkan oleh adiezaqistina. Untuk menyertainya, sila click di SINI.

23 May 2010

TEKA BERAT ZARA MARYAM PADA 26 MAY 2010


Saya teka berat Zara by 26th of May 2010 adalah 4.51 kg.

Untuk masuk contest ni, boleh clich SINI

Mama menunggu-nunggu hari ini sayang..

Mama,
Rumah kita,
Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ain Farisha Balqies,
Rumah kita,
Selangor (23 Mei 2010)

Kehadapan anak mama tersayang,

Hari semalam adalah hari yang amat ditunggu2 oleh mama sejak beberape minggu lepas. Sejak Balqies memperlihatkan kebolehan memanjat tangga rumah dan berdiri, mama telah menunggu saat ini menjadi kenyataan. Tahukah kamu sayang apa yg mama tunggui itu? Semalam (22 Mei 2010), ketika kita berada di rumah Tok Nyang ayah, ayah mendapatkan mama dgn tergesa-gesa selepas mama selesai solat Asar. Dengan tersenyum bangga ayah berkata "Yang..anak kita dah BERJALAN!" Wow! Kaget mama sebentar. Mama belum percaya saat itu kerana pada fikiran mama Balqies akan berjalan bila berumur setahun nanti, bukan 9 bulan 3 hari seperti hari semalam. Mama segera melipat kain telekung dn mendapatkan anak mama. Mama dirikan Balqies...dan Balqies berjalan lagi! Mama segera memeluk anak mama sorang ni! Sayang mama dah berjalan! Alhamdulillah...

Untukmu Balqies tersayang, mama ingin rekodkan detik2 penting bagi mama selama 9 bulan 4 hari Balqies di luar rahim mama:

1-Balqies tidak menangis bila dilahirkan, dan sebaik sahaja diletak di atas perut mama selepas tali pusat dipotong, Balqies tersenyum pada mama dan kemudian barulah Balqies menangis nyaring..Mama akan sentiasa ingat senyuman kecil itu..

2- Balqies mula belajar memusing badan ketika berusia 3 minggu dan meniarap beberapa minggu kemudian.

3- Pada usia 27 hari, Balqies MASUK UNIVERSITI!. heheheh...mama bawak Balqies masuk ke UPM untuk menemani mama bekerja di lab (tapi mase ni ayah pegang Balqies di luar lab mama. Mama tak benarkan ayah bawak Balqies masuk kerana kerja2 mama melibatkan virus).

4- Ketika Balqies berusia 3 bulan, Balqies telahpun pandai memegang botol susu sendiri..pandai anak mama ye?

4- Akhirnya mama akur imuniti anak mama memang kuat. Dan mama dah bawak Balqies ke dalam Lab Virologi dan Lab Mikrobiologi bila Balqies berusia 4 bulan. Alhadulillah, Balqies xpernah demam disebabkan lab mama..

5-Balqies mula makan the first solid food pada usia 4 bulan setengah (sebab anak mama ni asek lapo aje).

6- Pada usia 5 bulan, Balqies telah bertukar dari susu mama kepada susu Enfalac A+ sepenuhnya..maafkan mama sayang. Memang mama berhasrat untuk menyusukan kamu hingga usia 2 tahun, namun tekanan PhD mama telah membuatkan mama tidak fokus kepada kamu. Natijahnya, badan mama tidak lagi menghasilkan susu yang mencukupi buat anak mama ini.

7- Ketika berusia 6 bulan, Balqies telahpun laju merangkak dan yang paling ayah banggakan, Balqies panggil "ayah" pada usia ini!

8- Balqies berusia 7 bulan bila Balqies mula menyebut "mama"..hmm..mama kurang popular berbanding ayah yek? (",)

9- 8 bulan...Balqies dah pandai berdiri dengan memegang perabot atau kerusi..dan dah mula belajar nk panjat tangga rumah kita ye..

10- 22 Mei 2010..BUSYUK MAMA NI DAH PANDAI BERJALAN!

Sayang mama,

Mama tak pernah mengimpikan Balqies sebagai pengganti Einstein. Tidak juga mama harapkan Balqies sehebat Sheikh Muzaffar atau sepopular Siti Nurhaliza. Cukuplah bagi mama untuk Balqies membesar dgn sihat dan sempurna fizikal serta mental. Manjadi dewasa yang taat pada perintah agama Ad-Din, dan menjadi penyejuk hati mama dan ayah. Dan semoga Balqies akan sentiasa disayangi dan disenangi keluarga dan teman2 sekeliling. Juga agar Balqies berumur panjang dan hidup tenang serta bahagia sentiasa...inilah doa mama buatmu sayang..AMIN..


(",),
MAMA

21 May 2010

jwab soklan tag..

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

nak buat ape ek? buat-buat tak tau je la. maleh ler nk gadoh2..

2). 6 orang di hati anda?
6 x 10 kuasa 7 (xmuat laks..)

3). Anda rasa anda comel?

hmm..ade kot sket..hikhikhik

4). Single or taken?

belong to Mohd Shafiruz Mohd Zaini (",)


5). Blog yang anda suka?

all - coz each of them has it's own unique stories


6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?

selain daripada hari yg kene keje 72h in lab or exam, biasenye bilik kemas (",)

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Baik-baik sayng (Wali Band) - skee...


8). Last text message?

Jusco Sale... from Jusco

9). Last phone call?

from my 1st sis...gossip...hee..

10). Hari terakhir anda menangis?

xigt..rasenye on 19 April 2010 sbb xabes study for exam kul 8.30 pagi!

11). List lima color favorite anda?

pink, white, turqoise, purple, and all pastel colours

12). Orang terakhir anda ber-YM?

ifa - my fren di Mesir

13). Game paling anda suka?

Farm Frenzy

14). Adakah anda peminat MCR?

err..ape itu MCR?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?

hmm...ok je

16). Anda rasa tag ini best?

not bad (",)


Tag lagi 10 orang;
1- hana fedora
2- norazihan
3- tuan pnyer blog taufanemas
4-zue
5-dekli

alamak..sowi la, xcukup org lak. maklum la, baru jd blogger, blm kenal ramai owang. lgpun, ntah sape je nk bace blog kte ni..hihihi...

SO, SESAPE YG BACE ENTRY NI, SY TAG KAN ANDA!! HEEE...

mENghItUNG hARI..

Bunyinye mcm tunggu nk bersalin ko apo..hee...bukan..bukan..

Daku membilang hati, menghitung detik, mengira saat untuk......


....

....
....


PULANG KE KUANTAN, KAMPUNGKU YG INDAH MAKMUR!!!

Aii..rindunye nk balik kuantan. Dah dekat setengah tahun xbalik sane.Mcm2 mende kte nk buat ble sampai sane nanti. Akanku penuhkan72 jam di sane dgn aktiviti2 ini;

1- makan laksam dan nasik lemak gerai mak long di Astaka, Beserah.
2- makan ikan bakar dan sepupu sepapat beliau (sotong, kerang, lala etc..)
3- makan rojak gerai PakLah di Taman Gelora
4- makan Mee Bakso dan ABC eskrem di Aida's, Kuantan Point.
5- makang otak2 dan sata + minung air kelapa mawar dang cendol enak di Geliga, Kemamang, ganu kite..
6- dating di Pantai Pelindung (tempat kte dn hubby hampir kene tangkap sehari pas nikah..hikhik..pegawai ingat ktrg berkhalwat..huhu..kami da nikah k...).
7-dan mcm2 lagi arrr...!!! hee..

byk pasal makan kan? sbb tu my mum penah cakap kt me and hubby

"mmg padan la korang kawin, dua2 hambe perot!!"

heee..

20 May 2010

DUHAI SUAMI....APE MAHUMU???!

Hari ni kluar di Harian Metro kisah seorang isteri yg masih dalam pantang ditendang suami hingga pengsan! Kisahnye wanita malang tersebut pergi ke tempat kerja suaminya (seorang anggota bomba) untuk meminta menggunakan kereta (kereta itu milik isteri tapi digunakan oleh suami pula) untuk membawa anak yg demam panas ke klinik. Sudahlah si suami jarang jenguk isteri dan anak2, bile diminta kereta bagi membawa anak yg sakit ke klinik,isteri tersebut ditendang di perut dan muka (dah la suami pakai kasut but bomba mase tu!) menyebabkan isteri pengsan selama sejam! Then suami yg $&%$%$ tu tinggal je dia pengsan kt situ hinggalah isteri sedar dn menghubungi kakak angkatnye yg kemudian membawanye ke klinik...

Gambar dari myMetro..


DUHAI SUAMI..APA MAHUMU pada sebuah perkahwinan dan suatu rumahtangga???

18 May 2010

Harga EMAS SEDANG JATUH! Beli..! beli..!

Semalam harga emas mendaki-daki..tapi hari ni sedang merudum. Mengikut tafsiran hamba..harga emas dijangka akan turun sehingga hari Jumaat. Kepada penyimpan2 emas, ini lah mase yg baik utk tambah koleksi!

Sesiapa yang terlibat dgn pengumpulan emas, perhati2 lah graf harga emas di sidebar blog ni.

Selamat memerhati...dan selamat beramal!

17 May 2010

Bukan prasangka..Jauh sekali diskriminasi..

Hmm..selama di zaman progressing head damage degree ni, mmg mcm2 org telah kte jumpe. Baik tempatan mahupun org asing. Dan selama 4 tahun ni jgk, kte seakan2 terpanggil utk membuat kesimpulan sendiri bahawa'bangsa itu kurang menyenangkan'. Nop..nop..kte tidak berprasangka, jauh sekali mendiskriminasikan bangsa itu. Namun, jika masalah2 ini cume kte je yg hadapi..fine..I will accept that me yg ade masalah. Tapi semua org cakap-cakap hal yg same. Bangsa dari 'T...r T....h' di short formkan kepada TT ni mmg ske carik masalah!

Semalam lg sekali ia berlaku. Seperti biase, kte telah booked penggunaan alatan lebih awal dlm buku yg telah dikhaskan utk booking alatan. Sepatutnya kte boleh guna mesin tu dari pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang. Alih2, tghari tu dtg minah TT ni terus over-rite my booking. Tapi dia tulis dlm buku penggunaan (buku booking dan buku penggunaan adalah berbeza..Buku booking harus diisi sebelum pakai dan buku penggunaan isi selepas pakai). Kte bgtau dia kte dah booked lbh awal. Tapi dia buat bodo je..then dia kate dia ade keistimewaan blh book dlm buku penggunaan, xyah book dlm booking list book. (Pehal ???)

Tak cukup itu, penggunaan mesin tu pada hari ni (which I've booked earlier) pon dia nk over-rite! Menyirap je kawan.. Tapi sbb I was in a hurry yesterday, mengalah je la. Malas nk pick a fight. Tapi 2 kali je, cukup la tu..

Hari ni kte dtg, dan buat booking dlm both booking list book + buku penggunaan..hehehe..kalo minah tu nk over-rite lg..I'll see u in court aaa...oppss..not in court..

I'LL SEE YOU IN BILIK KETUA LAB AAA....!

16 May 2010

HARGA EMAS Naik HAri Ni! Sape nak JUAL??

Merujuk pada carta harga pasaran emas dunia (refer pada graf di sidebar blog ini), harga EMAS NAIK dgn 'CERIANYA' hari ni. Harga semasa (waktu blog ini ditulis) ialah USD1240.50 per oz (1 oz = 31.1 gm).

Pada pengumpul2 emas yg dh beli byk emas, anda xterujakah untuk menjualnye? Hehehe...

Sedikit tips utk beli emas (biasenye betul, tp kdg2 kurang betul):

1)harga emas akan jatuh sekitar Chinese New Year (time ni sila lah kumpul eh..)

2)selepas Chinese New Year, harga emas akan mengalami turun naik tetapi akan mula mengukuh by time..(tgk skrg, harga dia dah naik RM200++ compared to mase Chinese New Year ritu).

PADA SESIAPA YG BERMINAT DGN JUAL BELI EMAS, JUGA SESAPE YG INGIN BELI EMAS PADA HARGA LEBIH RENDAH BERBANDING DI JEWELLERY SHOP (mereka makap sampai 30%!) SILA KE http://taufanemas.blogspot.com

13 May 2010

KanAn AtaU KIrI??

"Kanan atau kiri? SABAR atau MARAH? Diam atau mengamuk?"

Ayat2 di atas berlegar2 dlm hatiku sejak pagi tadi. Ntah kenapa ye..aku dirundung tidak keruan saje. Pagi tadi seharusnya aku keluar awal utk menyudahkan kerja di Fakulti Medik sementara alat Real-time PCR tidak di'booked' org lain. Tp lewat pula jadinya. Kisahnya begini..

Semalam harusnya aku run lg 1 cycle real-time PCR. Tapi tibe2 teringat aku dah booked bilik kultur tisu kanser di Fakulti Biotech pukul 5. Waktu dh mendekati 4.40 ptg. "Ahh..gawat! nanti kene marah pulak dh booked bilik tapi xpakai". Aku berlari keluar utk ke parking. Tapi hujan lebat di luar. Kerana dh lambat, aku redah je bersama2 beg study, laptop dan brg eksperiment. Sampai di kereta mmg dh lencun habis + sandal baru berendam lumpur..akibatnye? Mlm tadi selsema makin teruk + demam.

Inilah yg membawa pada pg yg moody hari ni. Berat sungguh nk bgn pg ni. Matahari seakan2 tidak rela terbit dlm kotak pemikiranku, dn aku ingin terus berehat di sisi mimpi. Tp hubby ade presentation penting pagi ni. Dia telah terpilih untuk membentangkan usahanya (xphm ape dia dh buat dan usul, tp itu telah menguntungkan company dgn penjimatan berpuluh2 ribu RM dgn mengurangkan produk kamera rosak - that's what i understand so far). Pagi ni dia masih mengomel sbb dia mmg kurang rela utk present depan Managing Direktor tu - orang no1 CANON. Mmg dia xgemar utk dikenali atau dipuji dn yg seangkatan dgnnya. So, aku yg agak berat utk bgn ni pun memaksa relakan diri utk bgn dn bg semangat kat dia. Tapi xsempat prepare papepun for him sbb bgn pun dh lewat jgk..

After hubby pegi keje, aku pun siapkan anak. Time ni mcm2 jadik. My baby agak xsihat so nk dipeluk je. Aihhh...cmne ni? Aku nk bersiap lagi, nk kemas barang dia lagi, nak iron baju lagi..aii. Kalo letak dia atas lantai, dia merangkak kutip mcm2 mende pastu masuk mulut. Kalo letak atas katil, dia duduk sekejap je pastu nangis. Xpon dia main kat birai2 katil...sakit jantung aku tgk, takut dia jatuh. Lagipun Balqies dah pandai skrg, kalo nangis, dia depangkan dua2 tgn mintak angkat. Xke runtun hatiku melihat itu? Mase mandi aku asek berlari keluar masuk bilik air untuk pujuk Balqies. Lantai pon dh jadi basah. Mase basuh botol susu dgn air panas, aku tergelincir mase terburu2 nk kejar Balqies yg duduk di birai katil. Dah la sakit jatuh tergelincir, air panas pulak tumpah atas tangan..kulit sakit, HATI LAGI SAKIT!!! Tapi aku diam je. Betapa xeloknye kalo anak tgk aku terjerit2 marah. Lepas letak Balqies ke tgh katil, aku DIAM sekejap pastu sambung basuh botol. Aiii...punyelah melayan dia sambil bersiap, lambat la jadiknye pegi UPM...

Lambat, penat, demam, lapar, dn mcm2 lg jadik buat aku rase nk MARAH dn MENGAMUK je. Tp xmau la..mcm kanak2 je nk tantrum2. Rase nk tepon hubby, membebel kt dia (bkn marah dia, just meluahkan which dia biasenye sgt memahami) tapi mengenangkan dia ade presentation penting pg ni, xjadilah. So, lepas antar anak ke rumah my sis aku pun bergerak. Sbb mood terjejas teruk, aku decided to singgah McD to have my favourite hotcakes and coffee - better to eat food than TO EAT PEOPLE. Since dh lambt dn xmungkin sempat buat RT-PCR, aku pun putuskan nk uruskan hal2 kewangan dn banking2. Hubby kate he will do all the urusan tu, but aku tgk dia busy je manjang. So, xpelah, I can help do all the urusan. We share this RUMAH dan TANGGA kan?

Abes everything, dh tghari already. Baru teringat aku patutnya pegi perhimpunan staf Biotech yg WAJIB. Confirm kene sound lagi pasni. Erghh..menambah tensi je. Biarlah..aku bukan manusia sempurna. Masakan hari2ku sempurna dan boleh elak dari kene marah seumur hiudp? After that, I decided to go to Medic Fac..at least can try and run 1 cycle (though obviously xsempat!). Sampai Medic fac, dah angkut brg2 berat segala..baru perasan aku tertinggal bench freezer box kt Biotech fac (without it i cannot do my experiment)..adusss....rasenye bp aku dah naik 180 kot mase tu!

On the way balik ke Biotech fac...i said to myself "It's ok..kadang2 perlu untuk kita merasai kesusahan bertimpa2 supaya kita boleh menikmati kegembiraan pada hari2 yg everything smooth sail je". Bila semua plan yg aku rangka tidak menjadi, pastinya ada hikmah utk aku fahami.. Aku baca Ya Latiff berulang2 kali. Wahai Tuhan yang Maha Lembut..lembutkan lah hati dan amarahku..amin..


...kerana duit itu bukan duitku...

Hari ni tak sihat. Selasa lepas dh mengMCkan diri, xkan lah nak MC lg hari ni. Tapi mmg kepala berat je + selsema agak teruk + batuk. Hari ni dh plan wat keje di Faculty Medic, so harus pergi ke sana. Utk buat keje kt lab di sini, aku terpakse parking jauh, berjalan di bawah terik mentari, ditambah beban beg study (mengandungi jurnals, buku, fail, dn mcm2 lg) di bahu yg hampir 7 kg beratnye, juga barang2 untuk eksperiment sebakul di tgn yg mungkin beratnye hampir 7,8 kg jugak (ade laptop dn handbeg skali dlm bakul tu).

Oleh kerana xde kafe di sini (as far as i know), maka aku skip lunch. Penat + perut kosong = rasa nak muntah. Semua tu agak membantutkan keinginan aku utk buat eksperimen. Tapi bile memikirkann duit yg menaja study aku ni BUKAN DUIT AKU..aku gagahkan juga. Kata mak, dalam duit ni, ade sebahagian milik org yg anak2 mereka kurang bernasib baik dn xdpt teruskan pelajaran di peringkat universiti..ade sebahagian milik orang kampung yg juga tak merase melihat anak mereka di menara gading. Dlm duit ini juga, ada bahagian yg menjadi hak orang lain namun aku yg bernasib baik menerimanya..kalau zaman undergrad dulu (kebetulan murah rezeki dpt tajaan biasiswa), duit ni sume duduk dalam akaun yg aku xboleh keluarkan. Setiap kali perlukan duit aku kene buat senarai belanjawan then submit pada 'menteri kewangan' a.k.a my mum. Kalo lulus baru la nilai tersebut (dgn tepatnye xde lebih2) dimasukkan ke akaun semasa ku..Tujuan mak adlh supaya rezeki yg ada tidak aku bazir2kan, supaya berkat belajar.

Sekarang study ku juga ditaja biasiswa, alhamdulillah. Kalau tidak, berat aku nak sambung lagi. Xsanggup nak menyusahkan lagi mak yg dah pencen.. Tapi kini duitku mcm air je..ble fikir rase sgt menyesal sbb aku rase bukannya aku blaja sgt pun, enjoy je lebih..("_). Jadi hari ni bila aku rase sgt xlarat nk melangkah ke fakulti medik utk buat keje, aku igtkan diri sendiri dgn pesan2 mak.."INGAT..DUIT TU BUKAN KAMU PUNYA. DUIT RAKYAT TU.." dan aku pun gagahkan diri menyambung keje2 yg byk menanti..

-Ya Allah, jgn lah kau biarkan aku terlalai oleh nikmatMu yang teramat sementara ini..amin..-

12 May 2010

Di mULut nAGa LagI Ku rEBuT...

Hari ni semuanya seperti biase je. My daily rutin xbyk yg menarik coz tgh blaja kan..keje kuar masuk lab, berlari2an ke lab sini lab sane, dan melayan tensi ble results xmenjadi. Cume sekarang teringat hal malam tadi mase kte ngan hubby tgh tgk tv cite favourite (The Dragon Sword and the Heaven Sabre). Dlm cite ni watak hero dia, Zhang Wu Ji ni jadi rebutan ramai gadis. Tibe2 hubby tanye "Yang..kalo ramai perempuan minat kat abang cmni (sambil tunjuk Wu Ji), sayang rebut abang balik x?"


Cume 0.57 saat je yg aku perlukan untuk sinaps, neutron, acetyltransferase, serta sume yg terlibat dlm penghantaran maklumat bertindakbalas bagi aku menuturkan dgn bersungguh2nya..

"Abang, Di muLuT NagA LagI Ku rEBuT, InikAN PuLA dI TanGAn ORanG..." (",)..



11 May 2010

48h yg best!!

Last weekend, hubby took Balqies, me and sis-in law ke Cameron Highland. Depatment mereka ade buat family day party kt sane. Kami plan nk gerak pas subuh supaye blh jalan2 byk tempat, tp kul 9 pg baru gerak..ahaks! mane xnyer, kul 4 pagi baru la kte bgn nk kemas baju. Mlm sblmnye balik lewat dr lab..so keletihan amat..

Sampai di Cameron dh tghari. Kami trus singgah 1 farm stoberi ni (coz mase pegnen dulu ngidam stoberi Jepun which xpenah dpt, sampai skrg Balqies dok meleleh air liur...hehehe..).


Stroberi petik sendiri ni mahal dr pasar malam pnyer. Sekilo RM40! Kalo kt pasar mlm tu sekilo lbh baru RM20. Tp saje la, miang nk memetik stroberi..

After that kami trus ke Hotel Rainbow di Brinchang utk check in. Hotel ni blh tahan la. Kedudukan strategik. Ia bercantum dgn bgnn lot2 kedai. Ade pasaraya, klinik, kedai mkn, kedai2 gift, even ade kedai refleksologi lagi! Furthermore, dekat dgn Craft Central Market, KFC, kedai straberi delight, and PASAR MALAM..syok betul! sume tempat tu blh jalan kaki je.

Ni la Rainbow Hotel..


Suasana malam..meriah!


Ptg tu kami ke pasar malam yg mula kul 4 ptg..

Meriah tol pasar mlm..I LOIKE! Then mlm tu bermulalah acara Dept my hubby..

Kilang my hubby ni deal dgn mende2 cmni..


menarik kan? sesape yg ske amek gmbo mesti kenal mende2 cenggini. Kdg2 mereka wat sales, mmg menarik! Eh, tersasar..

Mlm tu ade byk games..kami enjoy btl! Dpt hadiah...skeeeeee...!

Balqies teruja..
Qies kene wat huruf gune gula2..pandai ke ni? hee..


Menang tuu..tempat ke-3..dpt lollipop!

tatau nk wat pe ngan lollipop..(",)


Kami dan hadiah2.. sian Qies tertido kepenatan..


Esok harinye, odw ke KL kami singgah menyinggah ler...

di pasar pagi..

comel2 kaktus ni!


suasana di pasar pagi..


di Cameron Bharat Plantation..




singgah beli madu kt Bee Farm..


gubah bunga fresh yg bwk balik dr Cameron..kelopak2 yg gugur kte tabur atas katil..*wink*


Penangan Cameron, kte demam hari ni. Papepun, sgt best!

10 May 2010

Farrihin's 2nd Birthday Giveaway


For Farrihin, auntie doakan Farrihin sentiasa happy cm dalam gmbar ni ye? Semoga membesar menjadi seorang anak yg baik dan manusia berguna..amin...(",)

09 May 2010

A scientist of "I AM LEGEND" story?

Hari ni byk sgt mende nk cite about my weekend. But sume gambar lom transfer/edit, so pasal my field je la. All these written adalah my diary utk dikongsi terutama dgn my child/children supaya mereka tahu serba sedikit about their mama ni (ala2 special entry utk mother's day la..).

Minatku terhadap kanser bermula dgn kisah seorg kwn yg kehilangan ibunya kerana kanser. My fren ni seorg yg sgt cemerlang, dn sgt xsangka di sebalik sume gelak tawa dia, dia menyimpan byk kisah sedih tentang ibunya. Slps dia bergraduat dgn gemilangnye, dn belum pon sempat naik pelamin, ibunya pergi buat selama2nya...innalillah..

Bermula dgn story my fren ni, aku mula membina fokus ke arah kajian terhadap kanser. Lebih ekstrem lagi (konon2 la), terapi yg aku pilih adalah viral manipulation. Haa...dh mcm dlm citer I AM LEGEND la plak. Mmg ade benarnye, virus bermutasi dgn sgt cepat. Dn aku, sbg seorg yg pernah cube memutasikan virus ni (yg already adalah ganas (strain velogenic), juga pernah terlibat mencipta virus baru menggunakan backbone nucleotides dr virus sedia ade, kengkadang terpk2 jgk la, kalo jadik cm dlm I AM LEGEND tu cmne? uiiii...mintak selisih malaikat 44! but no worries..we all dh synthesis kan peptide yg blh inhibit replication dia in vivo. In case of uncontrolled mutation and replication in human body, we can just inject the peptide ke dlm salur darah, and the viral replication should stop immediately..(",).

Pada tahun 2007, aku menemui suatu results yg aneh dn blm pernah direport oleh mane2 pihak di dunia ni. Tp disebabkan results ku xkonsisten, my superior asek kate my skills and techniques xbetul. Later in 2009, seorang saintis hebat dr America mengenalpasti terdapat gangguan mycoplasma dlm sel2 kanser dlm simpanan kami yg telah mengganggu setiap treatment yg kami buat, + byk antibodies yg kami beli dr oversea tidak dihandle dgn baik semasa penghantaran, dan itulah antara reasons kenapa results ku x konsisten.

Bile tahu je pasal ni, aku terus teruja. Maknenye, penemuan aku dulu bukan la tak relevan, malah mungkin yg pertama dlm bidang terapi virus ni! But, antiklimaks, I found that some1 had published it end of 2008...sedangkan aku telah pon menjumpai itu pada 2007. Itu la namenya xde rezeki..

Ntah ape aje yg aku merepek utk post ni. Cite pasal study sendiri plak. Mungkin sbb terlalu byk yg aku belajar dn fahami tentang kehidupan selama Progressing head Damage degree ku ini yg dah 4 tahun aku usahakan dn pernah hampir putus asa dah..huhuhu..papepun, aku belum putus asa insyaAllah..

06 May 2010

Funniest Baby Face Contest (BFFC)

This my baby pic when she was 5 month old..


Nama : Ain Farisha Balqies binti Mohd Shafiruz
Umur : 8 bulan
Mama : Nurhidayah binti Roslan

ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse


Nama : Ain Farisha Balqies binti Mohd Shafiruz
Umur : 8 bulan
Tarikh lahir : 19 Ogos 2009
Warna kegemaran : pink

05 May 2010

The 24h of suprises and happiness (",)

Smlm my hubby bwk g mkn kat Williams di Kelana Jaya. Rasenye kaki2 mkn tau kedai ni. Kalo tgk appearance dia mmg cm tade pape menarik. Tp masalahnye terlalu byk yg menarik..




Nmpk tu..siap ade Grade 5 wagyu tuuu..

Tapi kami tadela amek yg dasat2. Cume ini..

Ribena laici (gelas besar giler dgn laici separuh gelas!)


dan ini..

Nasik goreng ketam (softcrab + udang besar)


dan ini..

penah makan cheese naan cm piza hut ni x?


Fuh!! sendat perutku!

Hari ni plak, kul 10 pg my BFF dh jemput me kt fakulti (my BFF and me dah ikut aliran masing2 after skolah, agak terpisah..tp time birthday wajib kami together2 aa..). Kami ke mane? huhuhu...

with my dearie Munirah


She and meja yg masih kemas before makan..hee..


Hers on the left, mine on the rite..


Tp kami xblh lama..keje memanggil2 di fakulti. Lepas hugs and muah2, terpakse la kami berpisah lagi..sob..sob..

Malam pula ade celebration (oleh ahli my lab) dibuat di rumah our beloved lab manager (Pn Rodiah). Today kami celebrate birthday 3 of us (lab manager, me, and another labmate). Majlis start kul 8 mlm. So after maghrib, siap2kan anak and masuk kete nk gerak. Dalam kete suddenly my hubby hulur sesuatu and said "happy birthday sayang". Ooooo...he is so syuweeettttt! Me dah terapung2 gembira sambil buka hadiah. Dan tiba2 lagi he said "sayang, tolong betulkan tepi tu" sambil menunjuk ke arah pintu kereta. Dlm gelap kte terintai2 la ape yg hubby suruh betulkan? Tingkap? dah tutup. Pintu? dah rapat dah...ape lagi yg nak dibetulkan yek? punye la mengagau kt pintu tu when suddenly I saw sumthing...




No wonder la dia balik lewat today. Katenye ade extra work..rupe2nye dia da plan the suprise for me + very beautiful present..I LOVE U so much dear hubby..

Hmm..when i first know him, he was a shy and a bit lurus bendul man. But since we get married, I found books and PDF files like '31 ciri suami idaman', and 'tackel hati isteri' and many more at home and in PC..sgt terharu that he takes the afford and learns all those things - when I'm actually already so happy and feel complete when I'm with him..syukur ke hadratMu Ya Rabb atas kurniaan seorg suami yg telah menyempurnakan hari2ku..(",).


So, berbalik pd celebration tadi..byk btl mknn! Mmg enjoy abes la! Majlis kami juga diserikan lagi dgn kehadiran Timbalan Naib Canselor Akademik (TNCA) UPM, Prof Aini Ideris..huhuhu..




Byk makanan oo...tu baru 1 meja. Ade bebrape meja lg mknn..


Nyam..nyam..


Cakes for us!


Special pose for my hubby - zombie kampung pisang!


aii..berakhir dah hari ni yg sgt menggembirakan...(",)