Mama,
Rumah kita,
Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ain Farisha Balqies,
Rumah kita,
Selangor (23 Mei 2010)
Kehadapan anak mama tersayang,
Hari semalam adalah hari yang amat ditunggu2 oleh mama sejak beberape minggu lepas. Sejak Balqies memperlihatkan kebolehan memanjat tangga rumah dan berdiri, mama telah menunggu saat ini menjadi kenyataan. Tahukah kamu sayang apa yg mama tunggui itu? Semalam (22 Mei 2010), ketika kita berada di rumah Tok Nyang ayah, ayah mendapatkan mama dgn tergesa-gesa selepas mama selesai solat Asar. Dengan tersenyum bangga ayah berkata "Yang..anak kita dah BERJALAN!" Wow! Kaget mama sebentar. Mama belum percaya saat itu kerana pada fikiran mama Balqies akan berjalan bila berumur setahun nanti, bukan 9 bulan 3 hari seperti hari semalam. Mama segera melipat kain telekung dn mendapatkan anak mama. Mama dirikan Balqies...dan Balqies berjalan lagi! Mama segera memeluk anak mama sorang ni! Sayang mama dah berjalan! Alhamdulillah...
Untukmu Balqies tersayang, mama ingin rekodkan detik2 penting bagi mama selama 9 bulan 4 hari Balqies di luar rahim mama:
1-Balqies tidak menangis bila dilahirkan, dan sebaik sahaja diletak di atas perut mama selepas tali pusat dipotong, Balqies tersenyum pada mama dan kemudian barulah Balqies menangis nyaring..Mama akan sentiasa ingat senyuman kecil itu..
2- Balqies mula belajar memusing badan ketika berusia 3 minggu dan meniarap beberapa minggu kemudian.
3- Pada usia 27 hari, Balqies MASUK UNIVERSITI!. heheheh...mama bawak Balqies masuk ke UPM untuk menemani mama bekerja di lab (tapi mase ni ayah pegang Balqies di luar lab mama. Mama tak benarkan ayah bawak Balqies masuk kerana kerja2 mama melibatkan virus).
4- Ketika Balqies berusia 3 bulan, Balqies telahpun pandai memegang botol susu sendiri..pandai anak mama ye?
4- Akhirnya mama akur imuniti anak mama memang kuat. Dan mama dah bawak Balqies ke dalam Lab Virologi dan Lab Mikrobiologi bila Balqies berusia 4 bulan. Alhadulillah, Balqies xpernah demam disebabkan lab mama..
5-Balqies mula makan the first solid food pada usia 4 bulan setengah (sebab anak mama ni asek lapo aje).
6- Pada usia 5 bulan, Balqies telah bertukar dari susu mama kepada susu Enfalac A+ sepenuhnya..maafkan mama sayang. Memang mama berhasrat untuk menyusukan kamu hingga usia 2 tahun, namun tekanan PhD mama telah membuatkan mama tidak fokus kepada kamu. Natijahnya, badan mama tidak lagi menghasilkan susu yang mencukupi buat anak mama ini.
7- Ketika berusia 6 bulan, Balqies telahpun laju merangkak dan yang paling ayah banggakan, Balqies panggil "ayah" pada usia ini!
8- Balqies berusia 7 bulan bila Balqies mula menyebut "mama"..hmm..mama kurang popular berbanding ayah yek? (",)
9- 8 bulan...Balqies dah pandai berdiri dengan memegang perabot atau kerusi..dan dah mula belajar nk panjat tangga rumah kita ye..
10- 22 Mei 2010..BUSYUK MAMA NI DAH PANDAI BERJALAN!
Sayang mama,
Mama tak pernah mengimpikan Balqies sebagai pengganti Einstein. Tidak juga mama harapkan Balqies sehebat Sheikh Muzaffar atau sepopular Siti Nurhaliza. Cukuplah bagi mama untuk Balqies membesar dgn sihat dan sempurna fizikal serta mental. Manjadi dewasa yang taat pada perintah agama Ad-Din, dan menjadi penyejuk hati mama dan ayah. Dan semoga Balqies akan sentiasa disayangi dan disenangi keluarga dan teman2 sekeliling. Juga agar Balqies berumur panjang dan hidup tenang serta bahagia sentiasa...inilah doa mama buatmu sayang..AMIN..
(",),
MAMA
3 comments:
uwah... skin blog baru... tantek... :)
Tq kak fira..(",)
wah!!!
akak tunggu dia ckp plak..
letih melayan..
hahaha..
Post a Comment