10 January 2011

Penerus sebuah legasi.. (Bah. 1)

Salam blogku. Lama sungguh xmenjengah mahupun mencoret. Satu jangka masa yang cukup lama untuk mempelajari beberapa perkara dalam hidup.

NO PAIN, NO GAIN...

dan

YOU GET WHAT YOU DESERVE

Ayat2 yang amat aku suka dan aku applikasikan dalam hidup sejak dulu. Ye, percaya tentang usaha sendiri..NAMUN TAWAKAL nya DI MANA? Sedangkan Allah telah berpesan dalam firmaNya yang bermaksud;

Bismillah..

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."
(Surah Al-Imran; 160)

Lupa dan lalai..itulah sikap kebanyakan manusia. Aku pun xterlepas darinya. Merasa yakin itu baik dan perlu namun terlalu yakin hanya pada diri sendiri boleh memudaratkan akal fikiran yang waras.

Telah 4 tahun berlalu dlm tempoh pengajian aku. Banyak perkara sukar dan duka berbanding suka dan berjaya. 3 kali menukar projek dan 'main supervisors'. Berlinang air mata dan menahan stress yang teramat. Mengapakah amat sukar sekali perjalanan hidupku kali ini? Merentasi usia 23 tahun hingga 26 tahun yg lalu terasa amat mencabar sekali! Mungkin agak lambat..tapi tidak terlewat aku menemui secebis jawapan pada persoalan2 itu. Begitu rapi jawapan itu terselit dalam firmanNya..

Bismillah..

".....di antara kamu ada yg mengkehendaki dunia dan di antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka (kaum muslimin tidak berjaya mengalahkan musuh di perang Uhud) untuk mengujimu, tetapi Dia benar-benar telah memaafkanmu...."

"Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul (Muhammad) yang berda di antara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Imran; sebahagian dari ayat 152 dan 153)

Ayat ini diturunkan berikutan kejadian ketika Perang Uhud di mana sebahagian umat muslimin telah ingkar pada perintah Rasul dan mempercayai keputusan sendiri lalu mengejar harta rampasan perang yang akhirnya menyebabkan kemenangan yang hampir dicapai bertukar pada kekalahan besar. Namun Allah masih menyayangi sebahagian mereka itu dan setelah ditimpa dengan kesedihan dan kesulitan yang bertimpa-timpa, Allah berikan jalan keluar pada masalah mereka yang tersedar dgn khilaf mereka.

Apakah rasionalnya ayat2 di atas dengan secebis kesedaran aku terhadap nikmat Allah..nanti akanku ceritakan lagi..

4 comments:

GoddessG said...

pergh..lama gila xupdate..ni mesti borink golek2 dlm bilik tu..hahaha..

Humaira' said...

semoga berjaye kak dayah.Memang banyak cabaran yang akak dah lalui.cabaran tu yang buat kite lebih tabah dan sabar.InsyaAllah Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.

Tak sabar nak tahu cerita selanjutnya dari entry ni.Ok jugak kalau akak cerita pengalaman akak sepanjang 4 tahun ni....

Anggerik Biru said...

Anne J: tula pasal..meh la dtg jenguk akak skali skala..wooo...sorng2 kt bilik ni..

Zue: Thanks dik. akak br nk update citer ni. hehehe..

GoddessG said...

takmooo..ade cupcake free mcm yg dlm blog bite me! baru ain dtg..wakakaka..jokin2 meh..