25 April 2011

Cinta itu pada pemberian..

Terbaca satu artikel dr Ustaz Hasrizal betajuk Kotak Cinta, mmg tak dapat disangkal hakikat dan hakiki kenyataan beliau. Cinta..mengapa ramai yg cintanya indah sebelum perkahwinan, namun disela rajuk berpanjangan selepas pelamin menjadi sejarah?

Itu tak dapat aku pastikan..namun aku banyak belajar dari kisah-kisah yg melalui telinga kanan kiri ini. Alhamdulillah, berpandukan kisah2 ini dan nasihat mak yg tak henti mengomel mamberi tunjuk ajar, 'kotak cinta' kami masih terisi, jika tidak penuh pun, lebih la dari separuh. Bak kate omputih, 'the glass is half full'..whatever..

Menjadi seorg isteri, byk yg aku pelajari. Terutama bab2 mengawal 'senjata' semua wanita ini..MULUT. Mulut, bisa jadi madu yg manisnya menikmatkan..mampu juga jadi damak beracun yg bisanya sukar dipulihkan dlm rumahtangga. Betapa bila berkongsi kehidupan, byk perkara yg harus diketahui akan keperluannya utk melepasi dua bibir ini. Yg pasti, tiap langkah kaki dan perbuatan aku, suami harus tahu. Namun bila hati merasa gusar dan tidak menyenangi sesuatu, dua bibir ini harus menjadi penjara paling utuh menahan hatta satu perkataan pun yg bersifat mazmumah dr melepasinya dan hinggap di telinga suami..itu sangat penting! Teringat pesan mak sedari aku kecil "kalau mak marah, kamu jgn sekali2 nk menjawab. Tak kisah mak betul ke salah. Nanti kalau dh biasa nk menjawab mulut mak, dah kawin nk menjawab mulut laki pulak..haa..tak pasal dapat penyepak terajang free nanti! Kalau mak salah, kemudian blh betulkan..tapi skrg diam2 dgr mak nk cakap ape"..begitulah pesan mak yg memberi kesan mendalam dlm aku melayari bahtera rumahtangga ini. Mmg benar, pandainya seorang isteri menjaga mulut dan air mukanya memberi impak yg sangat besar terhadap kasih sayang suami terhadapnya..insyaAllah semoga benar.

Juga yg aku pelajari dlm alam rumahtangga yg baru setahun jagung usianya ini, hakikat memberi. Kerap aku berangan2 sebelum kawin, selepas lelaki ini menjadi milikku, byk perkara yg ingin aku minta dan jadikan kenyataan..namun hakikatnya angan2 seperti itu bukanlah perkara yg baik utk direalisasikan demi mencapai kebahagiaan dlm perkahwinan. Ke dlm Kotak Cinta (bak istilah Ustaz Hasrizal), haruslah kita isikan dgn pemberian..bukan permintaan. Aku jadi belajar utk mengerti dan memahami situasi seorang nakhoda rumahtangga bernama suami..belajar bahawa meminta2 bukanlah perkara yg baik walaupun dimampui si suami. Sebaliknya bila aku berusaha sendiri utk mendapatkan sesuatu, dan amat jarang meminta2, byk kebahagiaan lain menjelma. Suami juga seorang manusia yg mempunyai sikap prihatin dan ambil berat. Bila saja si isteri tidak meminta2, dia pula yg rajin menyelidiki apakah keperluan isteri? ape yg disukainya? ape yg menggembirakanya? hatta jenama produk penjagaan diri segala pun mahu diambil tahu agar dpt diberi sebagai hadiah pd bila2 masa saje sebagai bukti sayang, kasih, dan penghargaan kerana kepalanya tidak dibebani isteri atas permintaan2 dan hal2 remeh seorang perempuan..sungguh aku terkesima bahawa seorang lelaki mampu pergi sejauh itu demi menghargai suri hatinya..alhamdulillah.

Setiap hari aku berdoa..moga detik2 indah dan jaringan kasih sayang kami semakin utuh meniti hari. Semoga menjadi seorang isteri dan ibu yg solehah kepada seorang suami dan anak2 yg soleh dan solehah. Moga aku menjadi suri yg menyenangkan hati suami dan meringankan setiap bebannya. Juga besar harapan aku agar tautan cinta kami menjadi jambatan utk kami ke syurga kelak..amin..

No comments: