26 May 2010

Krisis gula dan Kanser..


Aiii..ape aje jenis tajuk yg kte letak ni. Sebenarnya sejak bebrape minggu kebelakangan, sel kanser dalam jagaan kte semakin kurus kering dan xsihat. Amatlah pelik keadaan ini kerana kanser terkenal dgn sifat survivability yg tinggi. Dari my observation, sel2 ni tgh stress (sbb ade granule2 halus) dan mcm tgh lapar sedangkan kte dah berikan media (makanan) terbaik yg penuh dgn molekul2 makanan yg byk. So..mengapakah?

Kejadian ini telah menyebabkan kte dgn suke hati menjalankan kajian simple utk mengenalpasti sebab musabab sel2 kanser mogok cmni. Satu persatu nutrient tambahan ditambah dan dikurangkan untuk melihat effectnye. Bermula dgn L-glutamine, HEPES, NEAA, Sodium bicarb, sodium pyruvate dan serum...semuanye xmemberi kesan significant.

Akhirnye kte terfikir sesuatu..what about glucose (gula ringkas)? Kanser mmg suke gula ni.. So awal minggu ni kte telah membuat 3 kumpulan sel kanser berbeza; 1) media asal tanpa tambahan gula lebih 2) media jenis lain yang mempunyai gula yang tinggi 3)campuran kedua2 media asal dan media gula tinggi...hasilnyaaa???

1) sel kanser kecut2
2) sel kanser segar bugar dan grow amat pantas!
3) sel kanser segar tapi grow lambat sket dari kumpulan 2

Kesimpulannya.....sel kanser SUKE GULA! Mungkin inilah hikmah dari krisis gula yg sedang melanda. Mungkin kte patut mula betul2 mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Kes kanser di negara kita sekarang semakin meningkat sepantas sel2 kanser yang tumbuh dalam media bergula tinggi dalam makmal kte.


p/s Kte tidak mereport bahawa gula penyebab kanser. Cume dari pemerhatian kte, gula membantu sel kanser bertumbuh dan merebak dgn cepat. Jgn ade yg report kat mane2 pulak nanti kate kte report gule penyebab kanser ye? Sekadar berkongsi dapatan dan pandangan..(",)

No comments: