25 January 2011

A Day Of LoViNG lOVinG..

Jam 5 petang..hari bekerja sudah berakhir. Sangat gembira! Malam ni tak mahu fikir2 pasal kerja hari esok. Sebab ESOK ADALAH HARI YANG ISTIMEWA!!! :)

Sejak dua menjak bekerja ni rutin harian cmtu je la..padat dan penat. Hubby pulak, di luar ofis hour, asek ke hulu hilir urus bisnes kecil2an dia. Blm subuh dah ngadap PC, pas dinner ngadap lagi. Kami ni masing2 wat hal sendiri..aii..cam tak hidup sebumbung jerr..

So, dgn kesepakatan bahawa 'we deserve a day together', kami pun apply cuti esok. Kami nk berdua2an je. Cam orang baru bercinta..hehehe..byk yg kami nk buat esok! Movie and Japanese buffet? Hmm... sound perfect! Plus, aku ade tempah sesuatu for him. An exclusive loving loving card. Quite expensive compared to normal card, tapi ok la tu..just for him :)

Penerus Sebuah Legasi.... (Bah. 2)

Jadi selama 4 tahun ni, setelah melalui pelbagai kesukaran, cabaran dan dugaan..aku merasa penat, hingga sesekali terdetik di hati utk berhenti sahaja! Namun aku bukanlah seorang yang suka mengalah. I'm a fighter! A winner! And a winner never quit! Itulah yg aku slalu fikirkan bila tekanan melingkari jiwa. Namun masih..aku bukanlah sekuat yang aku sangka..

Pada kali yg terakhir aku betul2 tekad untuk keluar dari dunia research yg serba mencabar minda ini! Kesukaran yg ku rasakan ini rupa-rupanya jua dirasai oleh ramai pelajar2 sains seluruh dunia. Kalo anda xpercaya, anda boleh tonton ini

http://www.youtube.com/watch?v=Fl4L4M8m4d0

Though bertekad utk keluar, namun jalan research masih untukku. Sekian lama berfikir dan bertukar2 fikiran dengan my best friend dan this wisdom man (Prof Eric . Stanbridge, UCI, California), aku menerima dgn hati yg tenang bahawa bila Tuhan meletakkan seseorang hambanya di sebuah laluan, baik sukar atau tidak, hamba itu sebenarnya boleh dan mampu melalui jalan tersebut hingga ke penghujungnya melainkan Dia yg mentakdirkan sebaliknya dgn hikmah tertentu. Wallahua'lam.

Maka setelah sekian lama aku membebani diri dgn kegelisahan yang tidak berpenghujung, aku akhirnya blh berfikir denga tenang dan waras lagi. Tuhan meletakkan aku di denai yang berduri ini agar aku belajar mengelak duri, belajar bangun bila kaki tersepak batu, belajar memanjat bila terjatuh dalam lubang, belajar tegal pada kesakitan sementara, dan belajar tentang kehidupan realiti. Ini adalah amat penting! Kerana aku diletakkan pada laluan PENERUS SEBUAH LEGASI PENDIDIKAN..jika aku tidak memahami sebuah kehidupan realiti, aku tak mungkin boleh menjadi pendidik yang baik. Maka dgn hati yang lapang..dgn kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim..aku kembali melangkah semakin laju menuju pengakhiran denai berduri ini. Semoga semua pelajaran yg aku pelajari memberi hikmah dan kebaikan, dan dapat pula aku sampaikan kepada generasi2 di hadapanku kelak..AMIN

(",)

10 January 2011

Penerus sebuah legasi.. (Bah. 1)

Salam blogku. Lama sungguh xmenjengah mahupun mencoret. Satu jangka masa yang cukup lama untuk mempelajari beberapa perkara dalam hidup.

NO PAIN, NO GAIN...

dan

YOU GET WHAT YOU DESERVE

Ayat2 yang amat aku suka dan aku applikasikan dalam hidup sejak dulu. Ye, percaya tentang usaha sendiri..NAMUN TAWAKAL nya DI MANA? Sedangkan Allah telah berpesan dalam firmaNya yang bermaksud;

Bismillah..

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."
(Surah Al-Imran; 160)

Lupa dan lalai..itulah sikap kebanyakan manusia. Aku pun xterlepas darinya. Merasa yakin itu baik dan perlu namun terlalu yakin hanya pada diri sendiri boleh memudaratkan akal fikiran yang waras.

Telah 4 tahun berlalu dlm tempoh pengajian aku. Banyak perkara sukar dan duka berbanding suka dan berjaya. 3 kali menukar projek dan 'main supervisors'. Berlinang air mata dan menahan stress yang teramat. Mengapakah amat sukar sekali perjalanan hidupku kali ini? Merentasi usia 23 tahun hingga 26 tahun yg lalu terasa amat mencabar sekali! Mungkin agak lambat..tapi tidak terlewat aku menemui secebis jawapan pada persoalan2 itu. Begitu rapi jawapan itu terselit dalam firmanNya..

Bismillah..

".....di antara kamu ada yg mengkehendaki dunia dan di antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka (kaum muslimin tidak berjaya mengalahkan musuh di perang Uhud) untuk mengujimu, tetapi Dia benar-benar telah memaafkanmu...."

"Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul (Muhammad) yang berda di antara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Imran; sebahagian dari ayat 152 dan 153)

Ayat ini diturunkan berikutan kejadian ketika Perang Uhud di mana sebahagian umat muslimin telah ingkar pada perintah Rasul dan mempercayai keputusan sendiri lalu mengejar harta rampasan perang yang akhirnya menyebabkan kemenangan yang hampir dicapai bertukar pada kekalahan besar. Namun Allah masih menyayangi sebahagian mereka itu dan setelah ditimpa dengan kesedihan dan kesulitan yang bertimpa-timpa, Allah berikan jalan keluar pada masalah mereka yang tersedar dgn khilaf mereka.

Apakah rasionalnya ayat2 di atas dengan secebis kesedaran aku terhadap nikmat Allah..nanti akanku ceritakan lagi..