31 July 2010

Keputusan Contest Gayakan Anak Anda...

Keputusan on the way everyone...sabar ye?

(",)

25 July 2010

I need a very very good time management!

Fuh! Lama betul tak ngedate blog. Bukak pon cume untuk reply penyertaan contest. Alhamdulillah, bulan ni my biz and hubby biz menjadi. Boleh la dapat lebih sket for raya (and harap2 menjadi la plan kami nak 'rebut' satu tanah di Bangi tu)..ahaha.. Tapi memang tak mudah mengurus masa yg 24 jam ni. Rasa sgt sedikit je 24 jam tu. Kalo boleh nk 32 jam sehari! Sejak 2 minggu kebelakangan ni, mmg tak perasan pun brape jam dapat tido. Exhausted habis! Dan dlm masa yg sama tgh habiskan bahagian akhir labwork dan dh mula writing thesis. Siang2 otak ligat fikir thesis, malam2 semak memikirkan biz dan pelan2 pelaburan kami (ceh..mcm besa je bunyinyer. Tapi xpe, setiap mende memang bermula dari kecik dan dr bawah. Kalo berusaha betul2 insyaAllah berjaya). Like one of my fren tulis dlm blog dia 'I dont want just any job, I want a CAREER'.

Kenapa perlu usaha teruk sampai idup tunggang langgang kdg2? Entah la..tapi sebagai manusia, aku merasa bahawa keperluan hidup ini bukan terbatas hanya pada apa yg cukup di dapor rumah sendiri malah mencangkupi ruang yg lebih besar dari itu. Andai Tuhan mengizinkan, antara cita2 yg tersemat adalah pembinaan Rumah Perlindungan Kanak2. Aku benci amat melihat perangai manusia kejam bertopeng gelaran 'ibu' 'bapa' yg sesuka hati mengalirkan darah anak sendiri. Untuk 'ibu' 'bapa' gila ni, insyaAllah 15 tahun lagi korang tak payah susah payah nk baling2 pukul2 kanak2/bayi2 tak berdosa tu. Boleh antar je terus ke my rumah perlindungan kanak2 k?

p/s besar giler kot impian? tak apa, dulu2 Amstrong hanya memandang bulan bebrape tahun sebelum dia tahu dia akan berjaya ke bulan..kan?

01 July 2010

CONTEST "GaYAkAn AnAK aNDa!"

First time nak buat contest ni. Takde sempena ape2, saje2 je. Contest ni simple je. Tajuknye:


"GaYAkAn AnAK aNDa!"


Haa..bukan gaya biasa..tapi gaya kan dgn any perkakas atau perabot rumah (",). Dengan ape2 pun boleh..aksi di bawah meja, atas kerusi, bermain di dapur atau ape2 saje aksi anak anda dalam rumah.

Syarat2 penyertaan:

1) Mestilah mempunyai blog sendiri.
2) Contest ini untuk kanak2 berumur 0-3 tahun sahaja.
3) Untuk memudahkan proses pengumuman dan pemilihan hadiah, anda diminta menjadi follower kepada blog
ini dan blog http://babyanacloset.blogspot.com.


Ape yg perlu anda buat:


1) Letakkan gambar di atas di sidebar blog anda dan linkkan ke contest ini.

2) Buat satu entry dgn tajuk
"GaYAkAn AnAK aNDa!" dan letakkan SEKEPING gambar anak berposing dgn sebarang perkakas rumah serta tuliskan sedikit keterangan tentang gambar tersebut.

3) Letakkan nama penghantar (blogger), nama anak dan umur anak (sekarang).

4) Hantar URL penyertaan anda ke ruangan comment di bawah.


Contest ini bermula dari 2 Julai 2010 hingga 31 Julai 2010 (jam 6 petang).

HADIAH??? 2 orang pemenang akan dipilih berdasarkan gambar posing bersama perkakas rumah yang PALING KREATIF. Hadiah yg akan diberi berupa

VOUCHER SHOPPING PAKAIAN BAYI/KANAK2 BERNILAI RM 50.00 setiap seorang

untuk diSHOPPINGKAN
di
http://babyanacloset.blogspot.com/.

Selamat menyertai!