20 February 2011

Budak2 dan ilmu sivik..opps! ade yg terase kerr??

Lunch time Jumaat lepas, me bwk my beloved mom to Econsave Jalan Reko, Kajang. Nak carik hanger katenye. Ok... Then maid my sis pesan beli kobis dan timun plaks. Fine..

Mase tu me bwk jugak my lovely daughter and niece, yela, sian nk tinggal derang bila dh masing2 wat muka cam muruku lemau sebab nak ikut.

Sampai sane, kami pon terus pegi carik kobis dan timun. After pilih2 sekian lame (my mom seorang yang par-ti-cu-lar giler dlm memilih brg2..so memilih 2 jenis sayur pon dh cukup lame). After that kene pergi timbang pulak. Tapi time tu boleh tahan ramai la org yg beratur nak timbang sayur. So i asked my mom utk proceed carik/pilih/analyze hanger yg nk dibeli, sementara me and kanak2 comel tu beratur utk timbang sayur. Sedang kami beratur, me agak terkial2 menjaga 2 org kanak2 tu (sorang umo setahun setengah dan sorg lagi 6 tahun) dlm troli. Bukan ape, derang 2 org ni asek nk panjat kuar, takut lak jatuh nanti. Melihat kan sorg lady terkial2 dgn 2 org budak, dtg la sorg mamat badan besar ni mengimpit dan menyelit di depan troli kami.

Amboi...amboi! dh le sayur2 dia penuh setengah troli! sedap2 je main lintas2 barisan plak! Orang lain elok je beratur, ni ape kes main potong2 barisan pulak ni?

Me diam je..sambil otak ligat berfikir utk 'memberi kesedaran sivik' pada org depan ni. Then..teng teng teng..i got an idea! A brilliant one!

I know my daughter mungkin xdpt membantu dlm plan ni, but my niece yg bernama Wardah dan berumo 6 tahun tu confirm akan menjayakan plan ni walopun dia xtau dia terlibat!. So..this was wat happened..

Me: Sayang, sekarang kte tgh wat ape? Kite tgh BERAAA..?
Wardah: TURRRR....
Me: Pandai..Bila kte beratur, kita tak boleh potong BARIIII...?
Wardah: SANNNN...
Me: Gudd..Kalo kite potong barisan, kite orang TAK BAAA..?
Wardah: IKKKK...

Then, there was a pause. Me rase org depan dah dgr dah tu, tapi suddenly my niece sambung plak..

Wardah: Mak Andak, kalo kte potong barisan maknenye kte orang JAHAT ye?
Me: (terkesima kejap + org depan tetibe berpusing belakang tgk my niece). Hmmm...haah. lebey kurang le tu.
Wardah: Maknenye kalo kte potong barisan, nanti org tu xnak timbang utk kte ye? (sambil merujuk staf timbang barang)
Me: xde la sampai cmtu..
Wardah..ooo
(Inner me): gud..org depan dh dpt 'pelajaran sivik' dia rini.

Then kami pon diam dan terus beratur sampaila tibe turn org dpn timbang barang. Dia pon mengeluarkan barang seguni plastik2 yg byk utk ditimbang. Tetibe my niece ni xde angin xde ape, angkat tangan tunjuk kt mamat tu seraya berkata:

Wardah: Mak Andak, org ni potong barisan kite yek?
(Inner me): aduh! pehal plak anak sedare aku ni? nk bg panas mamat depan ni plak.. -papepun, aku tau anak sedare aku ikhlas, yela budak kecik mane reti buat org sakit ati. dia xtau pon pasal plan aku at the first place-
Me: (dgn sepantas kilat menjawab). Eh, mane de. Kenape cakap camtu?

Dlm pale aku time tu pk, sah mamat depan ni pusing sat gi pastu marah2.

However...tanpa disangka2..

Pas dgr kate2 anak sedare aku tu, mamat tu dgn tergopoh gapah terus grab semua plastik dia dan bwk ke kaunter lain walopon waktu tu sebenarnye staf timbang dah amek brg dia nk timbang.

(Inner me): kuang..kuang..kuang.. Tula, dah tau salah, mestila gelabah kan? :)

Mase dlm kete, me cite to my mom sambil tergelak2 geli hati. My mom ckp " dia nk cepat kot. nk g smyg jumaat.."
Bgs jgk my mom ni, pk positip je. Tapi me tanak kalah jugak.

Me: yela, kot ye pon rushing nk smyg jumaat. bukannye xde mulut nk ckp. mintaklah baik2 nk potong barisan. ckp la rushing nk kejar jumaat. kte bukan nye xkan paham. kte blh bagi je. tapi kalo main redah selit2 pastu muka pandang depan je cm xbersalah, nampak sgt sombong!

(sambil tu aku kerling jam di kereta. dah melepasi 1.30 pm). chanteq..blh sambung ayat..

Me: dah tu pulak kalo dh tau nk g smyg jumaat, yg pegi beli barang lepas pukul1 tu watpe? sempat ke nk g smyg ni? jln kuar tu jem bukan semua org tatau..

My mom angguk2 cm setuju..yes!

Balik rumah me story plak to my eldest sister. nk tergolek terlentang dia gelak (cos me siap berlakon2 skali tiru gaya Wardah dan mamat tu sambil cite). My sister mintak ulang citer sampai 3 kali! penat me nk cite lg. pastu dia xpuas ati mintak Wardah citer lg plak. Terlopong budak tu xtaw pape. seb baik dia xsuruh Balqies yg umo setahu lebih tu citer, yg tu lagi haru!

Moral of the story: bermoral la korang sobolum korang 'dimoralkan' oleh budak2..kekeke..

25 January 2011

A Day Of LoViNG lOVinG..

Jam 5 petang..hari bekerja sudah berakhir. Sangat gembira! Malam ni tak mahu fikir2 pasal kerja hari esok. Sebab ESOK ADALAH HARI YANG ISTIMEWA!!! :)

Sejak dua menjak bekerja ni rutin harian cmtu je la..padat dan penat. Hubby pulak, di luar ofis hour, asek ke hulu hilir urus bisnes kecil2an dia. Blm subuh dah ngadap PC, pas dinner ngadap lagi. Kami ni masing2 wat hal sendiri..aii..cam tak hidup sebumbung jerr..

So, dgn kesepakatan bahawa 'we deserve a day together', kami pun apply cuti esok. Kami nk berdua2an je. Cam orang baru bercinta..hehehe..byk yg kami nk buat esok! Movie and Japanese buffet? Hmm... sound perfect! Plus, aku ade tempah sesuatu for him. An exclusive loving loving card. Quite expensive compared to normal card, tapi ok la tu..just for him :)

Penerus Sebuah Legasi.... (Bah. 2)

Jadi selama 4 tahun ni, setelah melalui pelbagai kesukaran, cabaran dan dugaan..aku merasa penat, hingga sesekali terdetik di hati utk berhenti sahaja! Namun aku bukanlah seorang yang suka mengalah. I'm a fighter! A winner! And a winner never quit! Itulah yg aku slalu fikirkan bila tekanan melingkari jiwa. Namun masih..aku bukanlah sekuat yang aku sangka..

Pada kali yg terakhir aku betul2 tekad untuk keluar dari dunia research yg serba mencabar minda ini! Kesukaran yg ku rasakan ini rupa-rupanya jua dirasai oleh ramai pelajar2 sains seluruh dunia. Kalo anda xpercaya, anda boleh tonton ini

http://www.youtube.com/watch?v=Fl4L4M8m4d0

Though bertekad utk keluar, namun jalan research masih untukku. Sekian lama berfikir dan bertukar2 fikiran dengan my best friend dan this wisdom man (Prof Eric . Stanbridge, UCI, California), aku menerima dgn hati yg tenang bahawa bila Tuhan meletakkan seseorang hambanya di sebuah laluan, baik sukar atau tidak, hamba itu sebenarnya boleh dan mampu melalui jalan tersebut hingga ke penghujungnya melainkan Dia yg mentakdirkan sebaliknya dgn hikmah tertentu. Wallahua'lam.

Maka setelah sekian lama aku membebani diri dgn kegelisahan yang tidak berpenghujung, aku akhirnya blh berfikir denga tenang dan waras lagi. Tuhan meletakkan aku di denai yang berduri ini agar aku belajar mengelak duri, belajar bangun bila kaki tersepak batu, belajar memanjat bila terjatuh dalam lubang, belajar tegal pada kesakitan sementara, dan belajar tentang kehidupan realiti. Ini adalah amat penting! Kerana aku diletakkan pada laluan PENERUS SEBUAH LEGASI PENDIDIKAN..jika aku tidak memahami sebuah kehidupan realiti, aku tak mungkin boleh menjadi pendidik yang baik. Maka dgn hati yang lapang..dgn kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim..aku kembali melangkah semakin laju menuju pengakhiran denai berduri ini. Semoga semua pelajaran yg aku pelajari memberi hikmah dan kebaikan, dan dapat pula aku sampaikan kepada generasi2 di hadapanku kelak..AMIN

(",)

10 January 2011

Penerus sebuah legasi.. (Bah. 1)

Salam blogku. Lama sungguh xmenjengah mahupun mencoret. Satu jangka masa yang cukup lama untuk mempelajari beberapa perkara dalam hidup.

NO PAIN, NO GAIN...

dan

YOU GET WHAT YOU DESERVE

Ayat2 yang amat aku suka dan aku applikasikan dalam hidup sejak dulu. Ye, percaya tentang usaha sendiri..NAMUN TAWAKAL nya DI MANA? Sedangkan Allah telah berpesan dalam firmaNya yang bermaksud;

Bismillah..

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."
(Surah Al-Imran; 160)

Lupa dan lalai..itulah sikap kebanyakan manusia. Aku pun xterlepas darinya. Merasa yakin itu baik dan perlu namun terlalu yakin hanya pada diri sendiri boleh memudaratkan akal fikiran yang waras.

Telah 4 tahun berlalu dlm tempoh pengajian aku. Banyak perkara sukar dan duka berbanding suka dan berjaya. 3 kali menukar projek dan 'main supervisors'. Berlinang air mata dan menahan stress yang teramat. Mengapakah amat sukar sekali perjalanan hidupku kali ini? Merentasi usia 23 tahun hingga 26 tahun yg lalu terasa amat mencabar sekali! Mungkin agak lambat..tapi tidak terlewat aku menemui secebis jawapan pada persoalan2 itu. Begitu rapi jawapan itu terselit dalam firmanNya..

Bismillah..

".....di antara kamu ada yg mengkehendaki dunia dan di antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka (kaum muslimin tidak berjaya mengalahkan musuh di perang Uhud) untuk mengujimu, tetapi Dia benar-benar telah memaafkanmu...."

"Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul (Muhammad) yang berda di antara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Imran; sebahagian dari ayat 152 dan 153)

Ayat ini diturunkan berikutan kejadian ketika Perang Uhud di mana sebahagian umat muslimin telah ingkar pada perintah Rasul dan mempercayai keputusan sendiri lalu mengejar harta rampasan perang yang akhirnya menyebabkan kemenangan yang hampir dicapai bertukar pada kekalahan besar. Namun Allah masih menyayangi sebahagian mereka itu dan setelah ditimpa dengan kesedihan dan kesulitan yang bertimpa-timpa, Allah berikan jalan keluar pada masalah mereka yang tersedar dgn khilaf mereka.

Apakah rasionalnya ayat2 di atas dengan secebis kesedaran aku terhadap nikmat Allah..nanti akanku ceritakan lagi..

07 August 2010

Dan PEMENANGNYA....drum..drum...

Ini adalah kompilasi gambar kesemua peserta...sgt comel kan?




Kecomelan melampau kesemua peserta telah membuatkan hakim contest ini, Tauke TaufanEmas (http://taufanemas.blogspot.com/) pening kepala dan minta tempoh seminggu untuk memberi keputusan pemenang. Ikutkan hati kte, sume pon nak dijadikan pemenang!

Jadi setelah ditelek2 semua gambar berulang kali, Tauke TaufanEmas telah menyenaraikan Top 10 constestant seperti di bawah:

Airel ZafriNur Damia Batrisyia
Damia Nurin Balqis
Muhamad Adib Fahim
Zakwan Afif Najmi
Putri Irdina Qaisara
Nurin Qasrina
Ismeth Eusoff
Nur Batrisya Husna
Muhammad Arif Haidar

Dan pemenangnya adalah......

ADIK ZAKWAN AFIF NAJMI - The Superhero Mama!


Eh..ada seorang lagi lah!


ADIK NUR DAMIA BATRISYIA - Mama Ada Blog :)


Tahniah buat kedua2 pemenang! Diminta Mama kepada adik Zakwan dan adik Damia hantarkan maklumat berikut ke email hidayah.shafiruz@gmail.com:

Nama Mama:

I/C Mama:

Alamat rumah (untuk penghantaran hadiah):

No. Tel:

Maklumat di atas adalah untuk tujuan makluman blogger babyanacloset.

Dan Mama2 pemenang dah boleh usha dan grap any items di SINI bernilai RM 50 setiap seorang. Selamat memilih!

04 August 2010

THEY..in my life...

Semalam me and a few of my BFF buat gathering..sambil2 tu celebrate in advance birthday one of my fren, Hani. For this special lady, I bake some cuppies yg ade 3 layers rase (a layer of choc moist cake, a layer of choc chip and topping a thick layer of creamy cheese cake..


From left: me, Michelle, Hani, Caroline



The birthday gal..


My design for her..


Hepi burstday hani!



Well..sempena buat entry pasal BFF mase undergrad ni..ingin nk pahatkan memori terindah bersama mereka di sini...let me bring u back to 2006...when we all met.

Kami bertemu kerana kami satu kelas, satu course, satu kolej dan satu matlamat serta pemikiran. Kami suke dtg awal ke kelas..sejak ketujuh2 kami bersatu (me, Carol, Michelle, Hani, Asilah, Akmal, dan Emma), dunia UPM kami yg punyer..kekeke. Mane taknyer, setiap hari kalo time kelas kul 8 pagi, kul 7 pagi kami dah dtg book tempat paling depan. Alasan? Biar lecturers sume nampak kami..senang sket kami nk skor! hee.. Susah senang kami lalui bersama. Ketawa..menangis..makan..minum..berguling..bergaduh..dan mcm2 ber lagi..

So..siapakah kami ni? Allow me to introduce my undergrad BFF..

1) Asilah Ahmad Tajudin (26). A Nanobiotechnologist (Lund University, Sweeden - PhD).

This beautiful lady adalah seorg yg sangat tabah. Asilah ni sgt lemah lembut dan bijaksana. Seorg yg penyayang, baik, sgt mengambil berat akan semua org disekeliling dia. Semua org yg kenal dia pasti sayang dgn Asilah. I miss her a lot. Asilah, balik Malaysia cepat ye?


2) Caroline Manicam (28). An Immunologist (UPM - PhD).


Carol, seorang yg sgt periang, penyabar, dan sgt penyayang. Dia juga seorang sgt kuat memori! Still remember that she got 99% marks in Genetic Microbe (subjek ni kene hafal buku setebal 2 inci!). Cayalah Carol! This gal..once u enter her life, u'll be in there forever. She never ever ever forget any fren...dari tarikh lahir hinggalah semua perkara penting dlm hidup her fren, dia takkan penah lupa. Buat kami rasa amat dihargai dan disayangi. Satu lagi, vocabs dia mmg power giles! Sampai kami gelar dia Dictionary Bergerak! Tanye je pape words baik english atau malay, confirm dia tahu makne perkataan tu..



3) Chee Yea Ching (27). A Molecular Biologist (plant specialist) (UPM - PhD).


Our Big Sister..hee..kenape? sebab michelle (nama manja) ni sgt matured. Dia seorang yg berfikiran jauh dan pandai bab2 planning dlm hidup ni. Seorang yg suka sgt buat keje amal di gereja dan sgt suka membantu sesama insan. Michelle seorg yg tenang tapi kelakar! Kalo kami duduk dgn dia, mmg nk pecah perut asek ketawa. Her favorite color is black. Skrg dia dah addict dekat Super Junior..so her favorite food dah berubah angin kepada kimchi!



4) Hani Adznur Adnan (26). A Bank Executive (Manager to be)




Wah...tgk gambr pon dah tahu Hani ni suka aktiviti lasak. Tapi jgn salah fhm..walopon lasak tapi Hani ni manja orangnyer. She's a very gud fren to everyone who knows her. Dia sgt baik dan seorang pemegang amanah/rahsia yg sgt boleh dipercayai! Her loyalty tak ada sesiapa boleh pertikaikan. Hani Adznur..secantik namanya, begitulah cantiknya peribadi si empunya diri..



5) Nur Akmal Ishak (26). A Pharmacologist (UPM - PhD).


Akmal, our model. Dia ni amat jelita dan berbadan langsing mcm model. Lembut dan tenang tapi mempunyai leadership yg tinggi. She is beautiful outside and inside. Seorang yg tabah dan tahan dugaan. Berkawan dgn Akmal ni mmg best; sgt fleksibel dan pandai berkomunikasi dgn baik. Miss u dear..


6) Nurul Akmal (26). A Hospital staff (KL).

Panggilan manjanya Emma. Seorang yg berdaya saing dan mempunyai taste fashion yg sgt baik! Kalo bab2 fashion dan trend..haa..dialah Tok Guru! Lembut, manja dan penyayang..tapi pandai Tae Kwon do tau! Haiiiyaakkkk! Lucky to have u as a fren Emma dearie..




7) Nurhidayah Roslan (26). A Virologist (UPM- PhD)


And lastly..me. I'm the messy one..hahaha..!


LUV all of u gals!



ONE more...my FOREVER BFF...since we were 13 years old..


:) Munirah Ahmad Kamil (26). A Psycologist (UPM - Master).

Munirah..terlalu byk untuk diungkap tentang dia. She's a very special person.. for you dear, I dedicate this song:



For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


I'm everything I am
Because you loved me

31 July 2010

Keputusan Contest Gayakan Anak Anda...

Keputusan on the way everyone...sabar ye?

(",)