22 November 2012

Terlupa Exam!!!!

Kelam-kelibut..aku memang cuai. mcm mane la blh lupe mlm ni my student exam! 2 kumpulan plak tu..exam patut start kul 8, aku masih kt rumah mengunyah nasik. kul 8.15, my colleaque sms tanye xdtg ke? trus aku pecut kete pegi upm. seb baik rumah dekat. xsampai 15 min dh sampai. sigh..ni la jadinya kalo xfokus plus reminder hp xberfungsi. bye bye la Samsung, aku nk beralih ke Apple la.
Minggu ni mmg byk mende..ayah masuk wad, smlm ade konplikasi pulak. me dok ke hulu hilir jadi driver my mom plus berulang ke hospital tiap hari. my eldest sis plak ke oversea, ade konferens. so, tiap2 hari berulang ke rumah dia jugak tgkkan my nieces yg 5 org tu..makan ke tidak? sihat ke tidak? tak..tak..aku bukan mengeluh. same skali tidak. aku tulis ni sbb aku rase hikmah aku terlupa exam malam ni adalah ia sbg WAKE UP CALL supaya aku lebih terurus dalam mengurus masa dan mengurus keje. Aku akan igt hari ini. hari di mane aku rase reputasi aku jatuh bergolek2 sbb terlupa hal paling penting for my students. hari aku rase nk nangis je sbb time my students struggling ngan exam, aku kt rumah menguyah nasik! teruk btl!
xpe2..yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan tauladan. satu lg, kepala ni pening carik tempat utk postdoc. nak bawak family tapi elaun family xde. utk dptkan fellowship tu amatlah nipisnya utk graduan uni dr mesia ni. agak berat utk meninggalkan zon selesa ni dan bersusah payah di negara orang..tapi hakikatnya kalo aku nk improve diri sendiri, haruslah aku tinggalkan zon selesa ni. dan after postdoc, aku ade satu lg mende nk setelkan. ni melibatkan tanggungjawab seorang anak pula. Syukurla my husband dh quit keje dia dn berniaga, senang sket aku nk heret dia ke mane2..huhu..tp my ultimate aim tetap adalah jadi housewife! aku ni mmg x ambitiuos mane, dan bukan jenis yg kesah ade duit sgt ke x. kalo my children dpt makan, aku rase dh cukup la tu..huhuhu..

30 October 2012

Life is NOT FAIR!!

Life is not fair!! betul..betul..dan betul! Tapi bak kate seorang bijaksana, 10% perkara yang berlaku dalam hidup ni adalah di luar kawalan kita. Tapi tindakan dan respons kita terhadap perkara yang 10% tu menentukan 90% outcome dan masa depan kita. Aku belajar untuk miliki sayap, mengembangkannya dan terbang tinggi. Biar betapa tak adil perkara dalam dunia ni..i will stop complaining dan work harder to achieve good things in my life. BE POSITIVE Ms Zatrion! :)

14 June 2012

Memendam rasa

... Suka atau pun tidak Aku terus memendam rasa Ingin sekali aku pergi bawa diri Tapi ke mana arah Rasanya sudah tak kuasa lagi Persoalan inilah yang silih berganti ... At this rate, I will give up soon..

13 June 2012

E.M.P.T.Y

Let the sun shines the day. And aurora.. Попроси у облаков Подарить нам белых снов Ночь плывет и мы за ней В мир таинственных огней Попроси у облаков Подарить нам белых снов Ночь плывет и мы за ней В мир таинственных огней Попроси у облаков Подарить нам белых снов Ночь плывет и мы за ней В мир таинственных огней Попроси у облаков...

01 March 2012

Kasut VS Kereta (1)

Since I was a little girl, I have these 2 kegilaan : KASUT dan KERETA! Membesar sebagai budak kampung, aku mmg berbeza sket dari budak2 girlz yg lain. Mane x nye, time budak2 lain sibuk main anak patung, aku sibuk belajar pasang Tamiya. Time budak2 lain main masak2, aku dok buat aksi stunt dgn beskal. Dan time budak2 remaja lain bersopan2 ngan tudung dan kain batik, aku? hahaha..aku dengan rambut pendek cam askar sesat dan seluar pjg je walopun dlm rumah. Haram aku nk pakai kain batik. Malu hokey! Adeh..dan time budak2 pompuan bergosip dalam kelas, aku berterumba bertumbuk ngan boys kat luar kelas. But as time flies, i guess aku dh jadi perempuan betul2 :).

Walau macammane sekalipun perubahan aku, ade 2 mende dlm diri aku yg xpernah berubah. GILA KERETA dan GILA KASUT!. Yela, sejak kecik walo cmne brutal skalipun aku ni, aku sgt meminati kasut. Malah one of my ambition sejak dulu adalah nk jadi salesgirl kedai kasut. Pelik tapi benar. Brutal2 aku pun, ade hati gak nak jadi designer kasut n couture. Tapi ofcoz la my mum x bagi kan. Dalam empat2 anak pompuan dan empat2 anak lelaki dia, yg ni sorang je polik bebeno citarasa.

Whatever it is, here are some of my hansome boyfriends and shoes i wish to have:

1) Mr Murcielago



2) Mr Aventador LP700-4



3)RMK Lindel Heels


4)Seven Seconds Beige Wedges
5)TonyBianco Karr Heels


6)Zign Black Ankle Boots


7)Zign Beige Heeled Sandals
HAPPY SGT BILA DPT MENELEK2 BENDE2 NI! (",)

13 December 2011

Bila hati merasa sedih :(

Dah sekian lama aku tak sentuh laman maya ni. But lately sejak 'keseorangan', aku rase menulis adalah medium yg sgt baik utk meluahkan pape saje :). Setelah hampir 5 tahun bertungkus-lumus belajar, akhirnya aku dah viva. Alhamdulillah..aku passed! Tapi sejak itu juga aku diasingkan ke dalam bilik ni, diasingkan dari hiruk-pikuk makmal yg mana kebisingan suara2 manusia dan mesin telah bagaikan menjadi denyutan nadi siang dan malam. Aii..berseorangan ni bagus utk menyiapkan keje2 yg semakin menimbun, tapi xbagus utk suasana emosi aku yg lebih gemar dikelilingi manusia2 dan mesin berbanding dinding batu empat penjuru.

Dan sebagai manusia normal, aku xterlepas dari merasa sedih sekali-sekala. Namun tiap kali jua aku berusaha mengingatkan diri sendiri akan kewujudan Yang Maha Perkasa di atas sana. Dia, pencipta teragung, jurutera terhebat yg telah mencipta manusia dgn emosi dan perasaan.Wujudnya rasa pilu dalam hati atas keizinan-Nya, maka hanya Dia yg mampu meleraikan kesedihan itu. Aku ingin menjadi manusia yg bersyukur dan semakin bersyukur dari hari ke hari. Seperti mana yg mak katakan tempoh hari selepas aku lulus viva, "mak doakan kamu akan jadi manusia yg semakin bersyukur. Terlalu banyak yg Allah berikan, terlalu banyak kasih sayang Allah pada kamu, jadilah orang yg bersyukur dan semakin bersyukur nak". Terkelu lidah bila itu yg mak tuturkan. Mungkin kerna pada awalnya aku mengharapkan mak mengucapkan rasa bangga di atas pencapaianku. Sesaat aku tersedar, betapa angkuh diri ini kerana mengharapkan pujian sedemikian! Aku hidup bukanlah untuk menongkat langit. Aku bernafas demi menjalankan amanah yg terpikul di bahu. Maka, sesekali bila aku berfikir dgn tenang, aku merasa sedih kerana telah hampir 27 tahun berlalu tanpa aku menyedari hakikat hidup sebenar. Telah 27 tahun berlalu dgn aku selalu gembira bila saja aku mencapai sesuatu dan bersedih bila aku tidak dikurniakan apa yg aku hajati. Mulai saat ini, aku ingin mendidik hati ini semoga sedih di hati hanyalah bila mengenangkan nikmat Allah yg belum mampu aku syukuri segalanya. Aku tidak mahu merasa sedih di atas perkara2 lain seperti kegagalan atau cemburu atau sifat2 mazmumah yg lain. Dan bila aku sedih, biarlah Allah saja yg menyaksikannya dan menjadi pendampingku.

Mak, aku akan sentiasa igt doa yg mak lafazkan itu..semoga aku menjadi manusia yg sentiasa bersyukur..amin..

25 April 2011

Cinta itu pada pemberian..

Terbaca satu artikel dr Ustaz Hasrizal betajuk Kotak Cinta, mmg tak dapat disangkal hakikat dan hakiki kenyataan beliau. Cinta..mengapa ramai yg cintanya indah sebelum perkahwinan, namun disela rajuk berpanjangan selepas pelamin menjadi sejarah?

Itu tak dapat aku pastikan..namun aku banyak belajar dari kisah-kisah yg melalui telinga kanan kiri ini. Alhamdulillah, berpandukan kisah2 ini dan nasihat mak yg tak henti mengomel mamberi tunjuk ajar, 'kotak cinta' kami masih terisi, jika tidak penuh pun, lebih la dari separuh. Bak kate omputih, 'the glass is half full'..whatever..

Menjadi seorg isteri, byk yg aku pelajari. Terutama bab2 mengawal 'senjata' semua wanita ini..MULUT. Mulut, bisa jadi madu yg manisnya menikmatkan..mampu juga jadi damak beracun yg bisanya sukar dipulihkan dlm rumahtangga. Betapa bila berkongsi kehidupan, byk perkara yg harus diketahui akan keperluannya utk melepasi dua bibir ini. Yg pasti, tiap langkah kaki dan perbuatan aku, suami harus tahu. Namun bila hati merasa gusar dan tidak menyenangi sesuatu, dua bibir ini harus menjadi penjara paling utuh menahan hatta satu perkataan pun yg bersifat mazmumah dr melepasinya dan hinggap di telinga suami..itu sangat penting! Teringat pesan mak sedari aku kecil "kalau mak marah, kamu jgn sekali2 nk menjawab. Tak kisah mak betul ke salah. Nanti kalau dh biasa nk menjawab mulut mak, dah kawin nk menjawab mulut laki pulak..haa..tak pasal dapat penyepak terajang free nanti! Kalau mak salah, kemudian blh betulkan..tapi skrg diam2 dgr mak nk cakap ape"..begitulah pesan mak yg memberi kesan mendalam dlm aku melayari bahtera rumahtangga ini. Mmg benar, pandainya seorang isteri menjaga mulut dan air mukanya memberi impak yg sangat besar terhadap kasih sayang suami terhadapnya..insyaAllah semoga benar.

Juga yg aku pelajari dlm alam rumahtangga yg baru setahun jagung usianya ini, hakikat memberi. Kerap aku berangan2 sebelum kawin, selepas lelaki ini menjadi milikku, byk perkara yg ingin aku minta dan jadikan kenyataan..namun hakikatnya angan2 seperti itu bukanlah perkara yg baik utk direalisasikan demi mencapai kebahagiaan dlm perkahwinan. Ke dlm Kotak Cinta (bak istilah Ustaz Hasrizal), haruslah kita isikan dgn pemberian..bukan permintaan. Aku jadi belajar utk mengerti dan memahami situasi seorang nakhoda rumahtangga bernama suami..belajar bahawa meminta2 bukanlah perkara yg baik walaupun dimampui si suami. Sebaliknya bila aku berusaha sendiri utk mendapatkan sesuatu, dan amat jarang meminta2, byk kebahagiaan lain menjelma. Suami juga seorang manusia yg mempunyai sikap prihatin dan ambil berat. Bila saja si isteri tidak meminta2, dia pula yg rajin menyelidiki apakah keperluan isteri? ape yg disukainya? ape yg menggembirakanya? hatta jenama produk penjagaan diri segala pun mahu diambil tahu agar dpt diberi sebagai hadiah pd bila2 masa saje sebagai bukti sayang, kasih, dan penghargaan kerana kepalanya tidak dibebani isteri atas permintaan2 dan hal2 remeh seorang perempuan..sungguh aku terkesima bahawa seorang lelaki mampu pergi sejauh itu demi menghargai suri hatinya..alhamdulillah.

Setiap hari aku berdoa..moga detik2 indah dan jaringan kasih sayang kami semakin utuh meniti hari. Semoga menjadi seorang isteri dan ibu yg solehah kepada seorang suami dan anak2 yg soleh dan solehah. Moga aku menjadi suri yg menyenangkan hati suami dan meringankan setiap bebannya. Juga besar harapan aku agar tautan cinta kami menjadi jambatan utk kami ke syurga kelak..amin..