13 December 2011

Bila hati merasa sedih :(

Dah sekian lama aku tak sentuh laman maya ni. But lately sejak 'keseorangan', aku rase menulis adalah medium yg sgt baik utk meluahkan pape saje :). Setelah hampir 5 tahun bertungkus-lumus belajar, akhirnya aku dah viva. Alhamdulillah..aku passed! Tapi sejak itu juga aku diasingkan ke dalam bilik ni, diasingkan dari hiruk-pikuk makmal yg mana kebisingan suara2 manusia dan mesin telah bagaikan menjadi denyutan nadi siang dan malam. Aii..berseorangan ni bagus utk menyiapkan keje2 yg semakin menimbun, tapi xbagus utk suasana emosi aku yg lebih gemar dikelilingi manusia2 dan mesin berbanding dinding batu empat penjuru.

Dan sebagai manusia normal, aku xterlepas dari merasa sedih sekali-sekala. Namun tiap kali jua aku berusaha mengingatkan diri sendiri akan kewujudan Yang Maha Perkasa di atas sana. Dia, pencipta teragung, jurutera terhebat yg telah mencipta manusia dgn emosi dan perasaan.Wujudnya rasa pilu dalam hati atas keizinan-Nya, maka hanya Dia yg mampu meleraikan kesedihan itu. Aku ingin menjadi manusia yg bersyukur dan semakin bersyukur dari hari ke hari. Seperti mana yg mak katakan tempoh hari selepas aku lulus viva, "mak doakan kamu akan jadi manusia yg semakin bersyukur. Terlalu banyak yg Allah berikan, terlalu banyak kasih sayang Allah pada kamu, jadilah orang yg bersyukur dan semakin bersyukur nak". Terkelu lidah bila itu yg mak tuturkan. Mungkin kerna pada awalnya aku mengharapkan mak mengucapkan rasa bangga di atas pencapaianku. Sesaat aku tersedar, betapa angkuh diri ini kerana mengharapkan pujian sedemikian! Aku hidup bukanlah untuk menongkat langit. Aku bernafas demi menjalankan amanah yg terpikul di bahu. Maka, sesekali bila aku berfikir dgn tenang, aku merasa sedih kerana telah hampir 27 tahun berlalu tanpa aku menyedari hakikat hidup sebenar. Telah 27 tahun berlalu dgn aku selalu gembira bila saja aku mencapai sesuatu dan bersedih bila aku tidak dikurniakan apa yg aku hajati. Mulai saat ini, aku ingin mendidik hati ini semoga sedih di hati hanyalah bila mengenangkan nikmat Allah yg belum mampu aku syukuri segalanya. Aku tidak mahu merasa sedih di atas perkara2 lain seperti kegagalan atau cemburu atau sifat2 mazmumah yg lain. Dan bila aku sedih, biarlah Allah saja yg menyaksikannya dan menjadi pendampingku.

Mak, aku akan sentiasa igt doa yg mak lafazkan itu..semoga aku menjadi manusia yg sentiasa bersyukur..amin..